23 December 2009

Avatar(2009) Bagus Tapi Bukan Satu Fenomena


"Tempat aku di sini (Pandora) menjadi lebih nyata, sedangkan hidup nyata aku lebih dekat seperti mimpi." - Jake Sully

Penyataan di atas merumuskan ke mana filem ini hendak membawa kita. Cinematic breakthrough? A new form of cinema? James Cameron, Sang Raja Dunia seakan-akan mahu menyatakan, dalam dunia filem Avatar, Cameron akan membawa anda ke satu dunia di mana anda merasakan sinema yang dikatakan mimpi (films are what dreams are made of) itu adalah satu kenyataan dan kenyataan yang anda alami sehari-hari itu akhirnya hanya mimpi (menarik jika kita kaitkan dengan pemahaman kita dengan dunia fana ini dengan kekekalan akhirat).


Adakah ini benar dalam konteks Avatar? Adakah dengan Avatar, semacam Titanic(1997) ataupun Terminator 2(1991), anda akan berkali-kali masuk untuk "menyatukan" diri anda dengan mimpi "ini" supaya anda memegang kepercayaan bahawa "mimpi adalah kenyataan" sedang kenyataan anda itu satu mimpi?


Jake Sully(Sam Worthington) melalui hal ini dengan kool dalam Avatar, seperti mana Bruce Willis pada tahun yang sama (pelik tapi benar) dengan Surrogates(2009). Oh, ada satu perkara yang lagi menarik dari segala itu. Ada pelakon wanita yang paling aku sayangi, Sigourney Weaver melakonkan watak saintis yang sungguh kuat dan karismatik sepertimana yang beliau bawakan dalam Aliens(1986) dan kemudiannya Gorilla in the Mist(1988) (sepertimana saintis itu dengan watak filem ini, kedua-duanya mempertahankan keseimbangan ekologi dan kehidupan liar yang diancam manusia). Ada beberapa lakonan lain yang memberangsangkan, terutama pelakon utamanya, sam Worthington, kemudian beberapa pelakon sampingan yang baik. Cameron, seperti mana pengarah lain yang cuba mempertaruhkan lakonan CGI menandingi manusia, menyatakan ia pun boleh berlakon dan menyatakan emosi sebaik atau lebih baik daripada manusia.


Tetapi itulah ironinya. Cameron menujah dan meningkatkan kepakarannya, dengan kecanggihan "hands on"nya terhadap teknologi untuk mencipta sebuah filem seprimitif mungkin dalam bentuk Pandora. Sedang dunia plot Pandora dengan manusia sebagai Orang Langit (Sky People) yang berteknologi bagi merusuh makhluk primitif Na'vi (=nabi?) yang sedekat dengan kaum Red Indian di Amerika (malah sangat-sangat dekat, aku ingatkan aku menonton Dances with Wolves dalam CGI), aku tidak dapat tidak mengambil hal Cameron ini dengan segenggam garam. There's something fishy here. Terdapat satu eksplotasi besar yang berlaku dalam tangan Cameron untuk bermain dengan hal-hal yang disukainya, gajet canggih, kapal besar, senapang, panorama luas dan watak-watak keras dan watak-watak dianiaya kuasa besar, semuanya tipikal Cameron, dan Cameron seakan mencipta "dunia CGI" ini hanya untuk melandaskan fetishnya terhadap benda-benda ini. Ini kawasan James Cameron, dan beliau memang pantas menggunakannya sebaik mungkin.


Kekuatan Cameron selalunya atas kuasa sebab dan akibatnya. Semua perincian dan motivasinya "fall into places", tapi buat aku, dalam kesemua filemnya, tidak ada yang jatuh sebaik Terminator(1984), The Abyss(1989) dan Aliens, adikaryanya. Terminator merincikan bagaimana satu plot boleh dipanjang pendek dengan pelbagai lenggok dan kejutan, malah memberi satu pengakhiran yang "besar". The Abyss merupakan satu masterpiece yang selalunya dipandang serong, yang mana ia memberi satu kepuasan sinematik sebaik Close Encounter Spielberg. Begitu juga Aliens sebagai filemnya yang mana "fall into places" yang paling baik (sampailah ke simbol keibuan dan kekeluargaan dalam filem itu). Untuk Avatar?


Aku serius. Aku mahu menyayangi Avatar, serius. Malah memang aku suka dengan mitos dan budaya penduduk Pandoranya. Aku suka dengan gajet canggih dan senapang gajah manusianya. Aku suka cara James membawa watak Jake mengenal dunia Pandora. Ianya memang "gula-gula" untuk mata. Tetapi ada dua perkara yang tidak berlaku buat aku:


1. Tidak ada apa-apa yang baharu tentang Avatar. Plotnya sebenarnya sudah sedia maklum dan dikenali. Natif bertemu orang asing (outsider) dan bagaimana orang asing menjadi penyelamat (Dune anyone?), yang mana banyak ideal kesalahan politik luar Amerika dikritik di sini. Malah wahab Hamzah dengan berani mempersamakan kemusnahan tempat tinggal makhluk asing itu semacam babak-babak Apacolypse Now(1979) di mana Amerika menyerang kampung dengan helikopter. Ya, itu satu persamaan yang menarik. Tetapi kenapa dan buat apa? Malah Apacolypse Now lebih "gritty" apabila menunjukkan seorang watak Amerika yang "sesat" menjadi sesuatu yang "lain" daripada apa yang dapat difahami (watak Marlon Brando). Adakah Cameron mengatakan, dengan sikap optimis dan humanisnya, ada manusia yang boleh berubah dalam masa tiga bulan (hanya kerana jatuh cinta) untuk memerangi balik manusia? Lihat District 9(2009) dan bagaimana ideal peperangan dan ketidakfahaman tentang keterasingan lebih mencapai impak dan pemahaman yang lebih mendalam dan subtle (dengan memberi tanggungjawab yang tidak diminta oleh protagonis, ala cerpen Metamorfosis) terhadap Jake dalam filem ini.


Sebenarnya, Anime cantik Princess Manonoke(1997) arahan Hayao Miyazaki sudah jauh dan malah lebih berjaya dalam fahaman logisnya mereka plot dan perwatakan sebegini. Malah dunia mistis dan kuasa "Tuhan lama" filem itu jauh menandingi pemahaman Cameron dalam Avatar. Malah, ia lebih estetik (tontonilah filem ini untuk memahaminya). Bandingkan Eywa yang senyap tetapi reseptif pada akhirnya (yang tetap logikal dalam dunia Pandora) dengan kuasa benar tetapi boleh musnah Forest spirit dalam Manonoke. Malah dalam Manonoke, kita dapat RASA kedekatan ritual dan bicara manusianya terhadap alam dan "dewa lamanya" serta perkaitannya. Ini jauh didapati dalam Avatar, babak-babak ritual makhluk asing primitif Avatar hanya "show", malah amat "mengejek" terhadap kompleksiti biologi-ekologi-agama dunianya (masalahnya Cameron hanya mahu memberi maksud arkeologi dan sains terhadap Na'vi, melihat logos dalam ilmu sains, tidak mahu pergi sejauh sepertimana Battlestar Galacticca pergi dengan pemahaman agama, roh yang mencapai metasains).


Apabila mereka melakukan upacara menyatukan roh Sigourney dengan avatarnya, kenapa makhluk-makhluk itu perlu berkumpul mengelilingi dan "berzikir"? Kenapa Jake yang "tiba-tiba" mendapat jawapan untuk menyatukan jiwanya dengan Pokok Jiwa, kenapa Ketua Bomoh sendiri tidak teringat melakukannya? Apakah kelebihan Jake sampai Pokok Jiwa mendengarnya, malah memilihnya pada babak awal?


Ya, kedua-duanya mempunyai ciri sama, tetapi sekurang-kurang Puteri Manonoke dalam filem itu sudah bertahun duduk dengan binatang liar. Sampai sekarang, kita tidak akan memahami kenapa Eywa memilih Jake daripada semua orang (adakah ini alasan untuk menggerakkan plot?)


2. Dari segi sinematik pun, aku tidak boleh mempercayai, baik Wahab Hamzah ataupun Roger Ebert bahawa Avatar merupakan satu pengalaman sinematik yang mereka rasai keterujaan yang sama seperti sewaktu Star Wars keluar untuk pertama kali pada 70-an. Buat aku, Lord of the Rings merupakan Star Wars milik generasi kita abad ke-21. Apa yang LOTR lakukan (sampai kepada pemecahan cerita kepada tiga bahagian), buat aku tidak ada lagi filem yang boleh menandingi kuasa sinematiknya dalam pencampuran realiti dan CGI. Malah terlalu banyak momen sinematiknya yang jauh menandingi Avatar, yang boleh kita ingat dan imbau dengan penuh makna. Avatar? Aku cuba mencari satu, tetapi babak yang paling dekat kepada aku hanyalah waktu Sigourney hendak nazak. Itulah babak paling cantik dan melangkau satu pemahaman yang dalam buat aku dalam Avatar.


Avatar bagus, malah kalau anda percaya terhadap penyataan yang aku tulis di atas, anda akan menonton filem ini berkali-kali. Sekurang-kurang poin Inconvenient Truthnya relevan dan sangat penting (walaupun secara hipokrisi orang Amerikalah pengguna tenaga dan pencemar bumi no. 1 di dunia), malah cara Cameron merangkul ideal pascakolonialisme dengan menolak ideal Amerika menyibuk untuk menyerang Iraq satu sokongan yang dipuji (dan juga dikutuk, kerana dengan halus menyatakan, seperti mana Jake, seorang "jahil" yang boleh menyelamatkan kaum primitif ini, menyatakan hanya seorang Amerika boleh menyelamatkan negara Iraq daripada askar Amerika sendiri - James Cameronlah tu, pengecut kau Cameron!), tetapi ia jauh daripada menempa nama sebagai satu filem bernilai sinematik, walaupun ia membuka jalan penggabungan realiti dan CGI serta teknologi 3D yang lebih canggih dan organik buat wayang kita masa hadapan.

18 comments:

dex said...

aku suka betul makhluk kecil yang di sentuh kemudian mengepak sayap seperti helikopter.sungguh comel jika wujud alam nyata macam nak buat binatang peliharaan..hahaha...

dex said...

adik aku ckp filem ni ada iras kuat mcm cerita pocahontas..dan aku amati mmg plot cerita yang biasa bezanya pada kreativiti cameron terhadap visual dan teknologi makhluk itu sendiri ( yang penting aku dpt rasa aura yg kuat pada mesej cerita ni sesuai untuk kempen "save the earth"...even ianya cameron letakkan di alam pandora)huhuh (sgt puas tgk 3D.tapi sakit batang hidung sbb spek dia keras sgt sampai terpaksa letak tisu kt batang hidung..hahahah)

durian! said...

tq. aku rasa puas baca review ni.

fadz said...

Dex, jom sesama tgk wayang nak?

Durian! terima kasih!

zulazahari said...

Setuju dgn kenyataan LOTR adalah Star Wars abad ke-21.

Anonymous said...

avatar ni tentang org melayu ke fadz?

Anonymous said...

Did Cameron ever claim this movie was gonna be a game changer plot-wise?

He had always meant the technology used, and it certainly is a game changer in that aspect. I have never seen a more beautiful CGI film that seamlessly blend the real and the unreal. And the effects had the aesthetics value to boot! As much as I loved LOTR, this movie's vistas had much more of an impact to me, I truly felt like I was in another world. So much so I didn't care for the rote plot and clunky dialogue.

I wonder how hard it was for Cameron to resist making a Baraka-style documentary of Pandora when he was shooting Avatar.

- Sal

fadz said...

Zul, thx..

fadz said...

Sal, interesting point.. the blend-in CGI and real life is def beautiful, i do not deny that, buat itu, Avatar sememangnya satu "breakthrough". But it stopped there.. seriously, i try wanting to love it, but i just cant.

Nazim Masnawi said...

"He had always meant the technology used, and it certainly is a game changer in that aspect."

No, it's a step, not a game changer.

"As much as I loved LOTR, this movie's vistas had much more of an impact to me ... So much so I didn't care for the rote plot and clunky dialogue."

Why, Sal, is this how you judge your movie?

dex said...

woahah..nak tgk movie apa?

dex said...

kalau muallaf macam menarik juga kan?hemm....

adib said...

haha yep.. masa mula-mula diorang masuk hutan tu aku dah dapat predict jalan cerita. dan memang betul mengingatkan aku kepada Princess Mononoke. Spirit terbang-terbang mirip Kodoma. Watak anak penghulu selamatkan Sully, mirip Princess Mononoke selamatkan Ashitaka. Bantuan hidupan dan spirit hutan pada akhir filem mirip Princess Mononoke. Tapi bagaimana aku boleh jangka yang baik akan menang dan pasti ada duel antara Sulley dan Sarjan tu, aku tak jangka forest god dalam princess monoke akan terputus kepalanya. Aku rasa cerita ni agak tipikal, baik dari segi jalan cerita dan rujukan kepada orang asli afrika untuk kaum Na'vi. Tapi filem ni cantik, mungkin jalan cerita tipikal, tapi platformnya baru.

Anonymous said...

gua stuju dgn adib..storyline avatar agak tipikal dan memang boleh bajet la dari awal...gua dah bajet dah mamat jake tu mesti tangkap cinta dgn awek na'vi tu..gua pun dah bajet dah jake tu akan memihak pada puak2 na'vi,walaupun baru kenal sebarang dua...

tp gua mcm meluat bila tgk jake sorg askar marin yg mancho bak abg2 askar..bole pulak doa dgn pokok..ekeleh, mcm tgk iklan 1 Malaysia pun ada..

tp gua suka tgk la bila binatang alah mcm badak tu lenyek lori n kapal perang askar manusia...rasa mcm tgk porn smbil bogel plak!

Nisah Haji Haron said...

Menonton "Avatar" sekadar mahu melayan perasaan kala menulis cerpen-cerpen fantasi ketika awal remaja. Seakan-akan ada orang yang memvisualkan Annyss Sophilea, Atlantis Duniaku Duniamu, Istimewa dari Cenma Detara dan lain-lain. Sayang sekali, banyak benar benih plot yang harus ditanam Cameron bagi menjustifikasi perkara-perkara yang sudah diduga pada hujungnya.

Yes, I agree with you. I like Avatar but can't find enough reasons to fall in love head-over-heels. CGI? Siapa yang tak jatuh cinta apabila melayan fantasi luar biasa!

fadz said...

anon, porn? wahhh u mmg sadis eh... heheh..

Kak Nisah, samalah kita, sangat2 menunggu Puisi untuk Edyzuar difilemkan, satu cerita yang "original"! kalau org manga dapat buku ni, mesti deme dah filemkan sebab bahannya sgt kena dgn stail mereka.

Nazim Masnawi said...

Semua orang komen yang storyline Avatar agak predictable. Aku rasa filem blockbuster gini memang predictable pun. Masalahnya dekat sini Cameron just gloss over the details and doesn't make the journey all worthwhile.

Again: It's not the destination, people.

sf said...

Saya menontonnya dua kali, bukan kerana plotnya tapi kecanggihan teknik CGI nya. Tema mudah, jalan cerita klise ... hehehe tapi best pe ...

Tapi memang saya persoalkan perkara, eh takda natif Na'vi yang terel dan boleh toruk macto tu? Kenapa kena orang luar yang boleh tunggang burung ganas tu. Jawapan yang berlegar dalam kepala saya, "Ah, cerita ni omputeh yang buat, mestilah dia jadikan omputeh hero gak kan?"


(Tapi lebih baik daripada hero Melayu PGL yang berlari dan menangis tak tentu fasal dalam hujan hanya krn seorang wanita ... bikin gua panas je tgk babak tu!)