30 October 2008

Hadiah Halloween Yang Paling Berharga

Masa Halloween, ada beberapa saja kawan yang berkongsi 'alamiah seram' dengan aku, dan mereka hanyalah kawan-kawan yang dekat, juga ahli keluarga. Aku ingat semasa Azwan bawa aku menonton Cabinet Case of Dr. Caligari dan Nosferatu (genius gila!) di Sobranie, atau bila adik aku bawa menonton The Exorcism of Emily Rose dan bagaimana di Singapura aku pegi menonton tiga filem seram sekali gus dalam satu hari dengan seorang teman.


Kali ni, aku hanya dapat CD. Ya, hadiah daripada seorang kawan karib yang sudah lama tak ketemu, Spiral dari Perth. Aku 'puasa'kan diri aku daripada menontonnya sehinggalah 31 Oktober (atau selepas itu) atau menontonnya di KB nanti memandangkan tak ada wayang di sana (alah, kecoh la korang, aku nak balik aku balik la naik bas). Inilah hadiah daripada seorang kawan yang sejati.

Gegambar Malam Revolusi 48






Malam yang menarik dengan tayangan doku 10 Thn Sebelum Merdeka
sebelumnya dan kemudian filem terbaru Fahmi (yang masih segar dari hard disk komputernya secara literal!). Aku tidak mahu komen panjang-panjang memandangkan filem itu masih dalam 'raw cut' yang belum selesai, tetapi Fahmi masih ada peluang membaikinya lagi.

Turut juga menonton ialah adik aku (yang bengang dengan topik garapan filem tu, hahaha), Lina serta cik Aima berserta kengkawan.

28 October 2008

Tapi Ini Yang Terbit

Aku tak mampu buat filem.
Aku bodoh.
Aku tak ada kamera.
Tapi aku menulis (dasar orang miskin kan?),
dan cerpen aku akan terbit pada hari Maskara Shorties, dalam:


Belilah,
buat aku kaya
walaupun royalti
aku takkan dapat.

17 October 2008

Wajib Tonton Oktober-November 2008

Dua tayangan yang akan aku hadiri :



Revolusi '48, daripada sang pengarah
10 Tahun Sebelum Merdeka,
Isnin, 8.30 pm, Anexxe CM,
http://revolusi48.blogspot.com/



Sabtu, 1 November, Rumah PENA
http://maskara-shorties.blogspot.com/
filem pendek daripada:
Dean Sham, Tok Rimau, Ajami Hashim,
Jhebat, dll.

Akan Datang 2008-2009

Lagi beberapa minggu ke KB. Bermula minggu ini, tayangan filem Malaysia akan masuk ke pawagam sebuah filem setiap minggu (rujuk Sinema Malaysia). Aku bengang sebab aku akan terlepas Histeria, filem komersial terbaru sang pengarah A Beautiful Washing Machine. Jadi mungkin baik saja aku tontoni poster-poster yang cantik buat tayangan akan datang ke Malaysia. Oh ya, Wayang akan masuk pawagam bulan ini!

Beberapa poster filem yang cantik gila:







Filem-filem yang ditunggu-tunggu 2008-2009: Wayang (arahan Dr. Hatta Azad Khan), Jhonny Bikin Filem (akhirnya!), Syirik (daripada sang pengarah Pensil), Histeria, Kinta 1881, Talentime, Jomlah C.I.U.M. (daripada sang pengarah Pensil), Setem (daripada pengarah Cinta, Sepi) dan Taiko (skrip tulisan Pak Hassan Muthalib).

Sila tunggu: WAYANG (13 November 2008)SELAMAT PAGI CINTA (20 November 2008)ANTOO FIGHTER (27 November 2008)LOS & FAUN (4 Disember 2008)CICAKMAN 2: PLANET HITAM (11 Disember 2008)HISTERIA (18 Disember 2008)MAUT (25 Disember 2008)MUALLAF (25 Disember 2008)

15 October 2008

Pratonton "Talentime" Yasmin Ahmad

Ibu bergambar dengan Kak Min

Dari kiri: Sedara, Ibu, Kak Min, adik, ayah (haaa, pada yang nak main
sihir tu tak usahlah penat-penat amik gambar ni, buang masa je buat
kerja kurafat tu!)

Turut serta dalam tontonan ialah pelakon hebat Mislina Mustaffa
(pelakon yang berkuasa dalam Ombak Ini, Bukak Api, Mukhsin)
serta sang pengarah muda berpotensi besar, Azharr Rudin.



Beberapa minggu lagi saya akan berangkat ke Kota Bharu. Apabila Kak Min mendapat tahu saya akan ke sana, beliau cepat-cepat meminta saya menghadiri sebuah tayangan pratonton khas filem terbarunya semalam tengah hari. Selalunya beliau tidak dapat melayan permintaan kawan-kawan yang ingin menghadiri sessi pratonton membawa rakan atau saudara (kerana tempat begitu terhad), tetapi buat pemergian saya, Kak Min meredakan. Ianya sebuah anugerah "farewell" yang besar buat saya. Maka buat itu, saya tidak akan 'membedah siasat' Talentime secara mendalam, walaupun ada pelbagai perkara menarik yang ingin saya nyatakan, biarlah ahli keluarga saya sendiri yang menyatakan pendapat mereka masing-masing selepas menonton filem ini bersama Kak Min. Apa-apa pun, seperti adik saya 'bersyarah' dalam kereta dalam perjalanan balik dari tayangan, "Talentime 'wajib' ditonton buat semua warga Malaysia!"


Pandangan ayah selepas menonton:

"Ada satu babak burung dalam masjid, jika babak masuk burung itu berlaku secara 'coincidental', maka babak itu sendiri jadi penting secara spiritual, semacam Tuhan memberi restu kepada budak yang berdoa tu."

Pandangan ibu selepas menonton:

"Dulu masa mama jadi pengetua, ramai guru yang tak kenal muridnya. Contohnya, ada seorang pelajar perempuan ni yang datang ke sekolah lewat tiap minggu, bila sampai ke kelas pula, dia tidur. Ramai guru komplen, tapi mama kena tahu kenapa pelajar tu begitu, kena tanya dulu sebelum marah atau beri hukuman. Mama sendiri pergi dengan pelajar tu ke rumahnya. Kasihan, duduk di rumah setinggan. Pelajar tu rupanya terpaksa bekerja malam di pasar malam ikut ibunya menjual nasi lemak, dan kadang-kadang kena sendiri jual nasi lemak di pasar malam bila mak dia kena kerja lebih, sebab ayah dia tak pernah di rumah dan selalu main perempuan di luar. Adik-beradiknya pula ramai. Jadi dia kena buat sesuatu supaya adik-beradik dan ibunya ada makan di rumah."

Pandangan adik selepas menonton:

"Kali ni, drama multi nasionalnya menjadi, gambaran budak-budak sekolahnya menjadi, banyak sangat babak-babak yang "kelakar", banyak sangat babak-babak yang "sedih". Talentime buat Shana ialah filem terbaik Yasmin Ahmad. Memang satu tamparan kasih-sayang terbaik daripadanya. Obviously, I'm gonna watch again when it comes out in cinema but with one condition; kena bawak banyak tissues dan duduk terperuk kat hujung seat."

Pandangan saya (heheh, nak mencelah juga rupanya!) selepas menonton:

"Filem Malaysia selalunya mengambil unsur hindustan dalam filem-filemnya, dan kadang-kadang menyadur terus. Dalam Talentime, Yasmin Ahmad menyatakan cara yang paling betul menyatukan hindustan dalam sebuah filem Malaysia, sambil menghormati ciri-ciri filem hindustan pada tempatnya yang betul. Ini ialah penghormatan Yasmin Ahmad kepada filem hindustan dan matan pembikin filem Malaysia."

"Jikalau dalam Sepet, kita jatuh cinta dengan Jason, dalam Mukhsin kita jatuh cinta dengan Mukhsin. Dalam Talentime, bersedialah anda untuk jatuh cinta dengan Mahesh."

09 October 2008

Pratonton Budak Kelantan

Ironis kan?




Penerbit: Puad Onah Pengarah: Wan Azli Penulis: Wan Azli (Lakon layar) Pelakon: Danny (Buchek) Bienda (Che Nor) Mohd Asrulfaizal (Jaha) Md Eyzendy Libok bong Krew: Pacai (Muzik)Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.Kategori : Filem CerekaBahasa : Bahasa Melayu Genre : DramaKlasifikasi : U - Untuk tontonan umum Tarikh Tayangan : 30 Oktober 2008 (diambil dari blog pecah-lubang)

Sinopsis: "Buddy movie" dengan moral (mengikut sinopsis blog pecah lubang.. aku rasa geli-ghairah dengan nama blog tu, seksi betul). Buchek sayang kat Jaha (bukan sayang homo, sayang sedara) dan bila jumpa di tengah KL, Buchek nak tolong Jaha yang keluar dari sekolah budak jahat. Tapi Jaha macam Nas-T, dia "peduli apa" kan? Jaha pulak ghairah tengok Che Nor, awek Buchek. Sementara itu Che Nor tergilakan Buchek sampai bila Buchek buat hero dengan melepaskan Che Nor untuk kawannya, Che Nor tak sanggup. Setakat ni, separa Sanggam dan tragedi Shakespeare. Aku berharap sangat ia berbaloi.

21hb OKTOBER 2008 (SELASA)