06 August 2008

Sedang Berlangsung: Kekasihku Seru



Ya, judul dramanya tampak 'tacky' tetapi ia setentunya satu strategi menarik penonton yang menggilai Pontianak Harum Sundal Malam. Tetapi, berita baiknya ialah, ia adalah hasil kerja dan produksi tim Khabir Bhatia bersama isterinya Mira Mustafa, jadi ceritanya sesuatu yang lain dan memang terpelosok keluar dari kebiasaan produksi dan cerita drama TV, malah aku boleh mengaku, apa yang Twin Peaks lakukan terhadap produksi televisyen (kelihatan lebih sinema daripada drama TV), Kekasihku Seru boleh melakukannya buat drama televisyen tempatan.


Bukan sahaja paparan arahan seni, penggambaran, efek (walaupun belum mencapai tahap standard aku, tetapi agak menyeronokkan dan dibuat dengan kemas, malah ada beberapa babak yang agak menyeramkan) bagus, tetapi jalan cerita dan dialog yang dibuat Mira turut menarik kita menonton untuk mengetahui 'rahsia' keluarga bersaka itu dan kaitannya dengan si lelaki yang baharu duda kerana kematian isteri dan anaknya. Malah perjalinan mitos keluarga itu sebaik keinginan yang kita mahu tahu dalam Twin Peaks, kebiasaan sorotan 'tunggu dan lihat' yang berlaku dalam drama televisyen Amerika.


Malah para pelakonnya baik-baik, terutamanya Emelda Rosmila yang berlakon dengan natural sekali. Aku begitu bangga, sudah ada pelakon muda sebaiknya dan satu 'thumbs up' kepada Khabir kerana tidak terikat mengambil pelakon terkenal sahaja tetapi memberi pelakon baharu seperti Emelda menempa nama- dan dia boleh dikatakan menjadi teraju utama untuk cerita ini ditonton.


Tidak pernah aku mengesyorkan TV drama sebaik ini tetapi ya, buat yang ini memang aku berani. Malah, drama sebegini memang patut disimpan menjadi koleksi DVD yang boleh ditonton sekali lagi kerana formulanya yang begitu efektif membuat penonton menunggu apa yang akan berlaku. Aku tiak biasa tertenggek di TV menonton drama melainkan menonton DVD aku. Selain Heroes, inilah drama yang aku mesti ikut pada setiap minggu.

Kekasihku Seru disiarkan pada setiap malam Khamis, 9.30pm (lepas tahlil, haha, sempat!) di TV3.

11 comments:

cik puan daun said...

aku takkan tengok kalau sorang-sorang.. ahahaha

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

aku minat cite ni.. pasal aku suke Umie Aida... hahahaha

Anonymous said...

salam..fadz,

yer .. drama seram terbaik setakat ini, 1st ep. tertengok. 2nd ep. & seterusnya ..mmg aku tunggu la..kudos to khabir bhatia.

Bin Filem said...

aku takde tv.

kawan-kawan mari lawati blog bayi kami ini,

hanya video-2 dan tulisan-2 orang kecil.

www.binfilem.blogspot.com

Bin Filem said...

eh, kau tulis tak tinggalkan hyperlink, pening aku fikir siapa fadz. haha

nanti kitorang letak hyperlink ke sini.

aku jhebat, kawan aku jimmy tu nampak rileks je tulisan dia tp dia barah paru2 final stage tu.

kitorang ada sorang lg kawan bernama dewa, dia ni tak pernah masuk hospital tp paling kuat membaca buku. dia sekarang sibuk bekerja.

boleh saja,

terima kasih.

fadz said...

slm jhebat! haha, maaf, malas nak masuk jadi blogger, dan malas nak tambah hyperlink, aku mmg teruk.

kau tak tgk tv tapi kau tahu filem kualiti.. aku respek.

blog kau pun dah masuk senarai sambungan aku, sebab aku akan selalu gi tatap bila2 aku free.

fadz said...

terpegun dgr fasal jimmy..

Anonymous said...

Fadz...ni ada komen yg aku dapat dr website tv3...nak gelakkan pun tak sampai hati :P

---

mat (8/10/2008 10:24:51 AM)

sejahtera ke atas kamu.. TV 3 sekarang ni dah jadi rumah hantu ...cerita seram banyak dari cerita lain..tak kisahlah dia punya stesen TV kan... tapi kena ingat orang yang pernah alami benda-benda cam ni,,,bara saja nak lupa ingat balik...isteri aku pun dah tak buka tV 3 aku nak tengok belutin utama pun tak dapat...harap fahamlah...jaga hati orang yang pernah kena benda-0benda tak elokj...sejahtera ke atas kamu dan anak-anak aku pun semua dah jadi penakut....

banyak buruk dari baiknya tengok cerita-cerita cam ni...isteri aku meracau balik pasal cerita ni...aku kena panggil orang alim tolong lak...duit pun banyak habis...malam tak dapat tido..harap mengertilah yerrr

Anonymous said...

mat tu dah lama tak main dgn bini dia sebab bini dia selalu tgk samarinda, fasal tu lah..

Anonymous said...

lawak lak ngan ko nya reply nih.. aku tak penah layan drama ni.. cuma last episod hari tu tertengok skit.. dan baru dapat tau drama ni hasil khabir bhatia.. ramai yg puji drama ni di forum2 dan aku cam terasa nak tengok dari mula.. layan kat youtube je la..

yusof sadjirin said...

sayang skali aku tak berkesempatan menonton drama ni..aku pernah melihat trilernya ,memang best terutama sekali sinematorafinya..