Sepi ialah filem ketiga Kabir, skrip oleh ARA dan Mira Mustapha, para penulis dan pembikin filem yang membawakan kita Cinta. Walaupun Kabir mengatakan Sepi sebagai sesuatu yang lain dengan Cinta, semangat dan kebiasaan yang Kabir bawakan dalam Cinta secara formulaik ada dalam Sepi. Ini bukan bermakna ia sesuatu yang buruk, Sepi ialah sebuah filem yang baik sebaik Cinta.
Antara kebiasaan Kabir ialah mengadun lagu-lagu komersial dalam runut bunyi latar filem, bercampur-campur, yang mana menjadi bingit kepada sesiapa yang mendengarnya pada awalnya (malah, pada awal filem ini memang membingitkan). Tetapi buat peminat filem Kabir, mereka sudah 'lali' dengan kebiasaan Kabir ini lalu 'get used' dengan alunan lagu ini pada pertengahan filem. Kebiasaan kedua Kabir ialah memaparkan satu shot melankolia dengan adunan bunyi mendayu (kita perlu menangis, itu permintaan teknikalnya), selalunya berlaku pada pertengahan cerita di mana kita sudah 'sangat kenal' akan watak-wataknya, lalu diberi satu keputusan 'melencong', kebiasaan dalam filem-filem romantik sebegini.
Tetapi apa yang mengujakan aku ialah bagaimana Kabir boleh membawa sedikit jauh tema cinta dan pertalian kali ini. Cerita-cerita Kabir kali ini lebih 'gelap' dan lebih membuak persoalan-persoalan yang lebih matang. Semahu-mahunya, tiga cerita yang diikat menjadi satu dalam Sepi (digerakkan dengan peniruan gaya Gangster Bade Hj. Azmi atau Amerros Perros Innaritu), hanya 'bersatu' dalam bentuk sebuah babak 'initial', satu pelanggaran di tengah jalan (kita faham, antara permainan mengubah nasib atau remenisasi takdir akan berlaku di sini oleh sebab pelanggaran itu), diwakili oleh Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Yusof) dan Imaan (Baizura kahar).
Dengan kekuatan emosi hindustannya (hindustan di sini bermakna, memaparkan ekspresi emosi itu dengan seadanya, dan kalau boleh dilipat gandakan dengan gerakan, suara dan cahaya untuk memaparkan 'mood', dan kadang-kala 'mood' yang dicipta ini artificial terhadap latar realiti cerita), Kabir cuba mengangkat sebuah cerita yang mempersoal dan melihat kembali ketentuan, takdir serta pemilihan peluang kedua dalam ketentuan dan takdir. Kali ini, Kabir benar-benar menyeksa para pemain wataknya untuk sesak dalam dunia kebiasaan yang penuh pancaroba terhadap nurani (sudah tentu berkait dengan cinta dan pertalian) dan diri. Sebuah watak yang kelakar dan cool seperti Afdlin pun boleh diseksa secukup-cukupnya. Tetapi, seperti tiga watak yang dipersoalkan diri dan nafsu mereka, Kabir sebenarnya memberi implikasi bahawa, walaupun adanya ketentuan qada' yang diberi Tuhan, ada qadarnya yang boleh diubah oleh sesetengah manusia jika ia mahu menukarnya (sebuah dialog kuasi agama berlaku di tengah cerita apabila Sufi melafazkan: perubahan tidak terjadi jika seseorang itu tidak mahu mengubah diri sendiri), kadang-kala keputusan penukaran itu perlu diusahakan sendiri (seperti buat watak Adam dan Sufi) dan kadang-kala memerlukan seorang (seperti Sufi dan Imaan). Idea ini adalah suatu idea 'sufi' yang sangat halus, memaparkan, dalam dunia ini, setiap manusia mempunyai ujian dan perjalanan yang berbeza-beza dengan orang lain dalam memahami Tuhannya, dan kesemua jalan-jalan itu benar buat manusia yang menjalaninya.
Antara ketiga-tiga segmen dalam filem ini, segmen Adam ialah segmen paling menghiburkan malah paling sempurna. Ini ditolong dengan kekuatan lakonan Afdlin Shauki, Vaneeda Imran serta Nasha Aziz (ya, Nasha Aziz sangat mengejutkan) serta para pelakon pembantu yang lain, tetapi terutamanya Afdlin yang membawa lakonan kelakar-kecewanya yang sangat tetap dengan masa (timely) dan kesinambungannya. Malah, chemistry Afdlin dengan Vaneeda adalah suatu perjalinan yang 'miracle'. Dalam babak-babak bergaduh dalam dapur, kita dapat jumpa sexual chemistry (by of course, Islam Hadhari style) kedua-dua wataknya (Afdlin dan Vaneeda, sila lihat gerak-geri Afdlin yang 'mahukan' Vaneeda) yang jarang-jarang kita jumpa dalam filem Melayu. Malah, Afdlin melakarkan sebuah watak yang sebulatnya lelaki, kuat, kelakar, tetapi boleh retak. Malah budaya peranakan (Adam datang keluarga campuran Cina) yang diangkat sesuai dengan pragmatisme dan keterbukaan watak Afdlin.
Segmen Sufi lakonan Tony Yusof dengan Eja ialah segmen terlemah dalam filem ini disebabkan kurangnya kekuatan Tony Yusof (aku tidak percaya Tony betul-betul menyukai Eja, terjumpa 'fakeness' dalam jatuh cinta Tony) dalam melamar Eja. Tetapi segmen ini perlu kerana 'roh' peluang kedua serta keputusan yang dibuat oleh Sufi seakan-akan melampaui harapan Adam dan Imaan secara spiritual. Sarwajagat dunia Sepi seakan-akan berkata, Jika Sufi tidak melakukan 'keputusannya' (malah, oleh sebab pemanduan kereta Sufi, Adam dan Imaan memikir akan peluang kedua), watak-watak lain dalam dunia ini TIDAK AKAN memilih apa yang mereka pilih (bukan daripada segi realiti masa filem, tetapi daripada segi susunan cerita dalam filem, kita sedar akan ini apabila filem ini seakan mencadangkan di akhir cerita bahawa oleh sebab pengorbanan Sufi, secara spiritual Adam dan Imaan mencapai kebahagiaan dalam peluang kedua mereka di 'dunia'). Malah permintaan Sufi yang 'melampau' terhadap Eja sebenarnya adalah kekuatan 'pemecahan' daripada seksa ketentuan takdir itu. Sebenarnya, antara ketiga-tiga segmen, Sufi yang paling romantis, melangkau kekuatan impian seorang manusia pun dengan keputusan-keputusan yang dibuat olehnya. Di sini terletak roh 'pemilihan untuk berubah' terhadap Adam dan Imaan. Segmen ini juga dipersoalkan kerana dipaparkan Eja tinggal di dalam sebuah rumah yang cantik, sedangkan suaminya hanya bekerja pemandu lori dan bagaimana Sufi mendapat tahu tentang suami Eja (walaupun tidak perlu diberitahu, kita anggap Eja sudah memberitahu Sufi). Lakonan si budak kecil sebagai anak Tony mengingatkan aku kepada Elliot dalam E.T., sangat cute.
Segmen Imaan ialah segmen paling mengejutkan serta banyak mainan 'subtle' (malah, pertarungan spiritual/delusi Imaan menyebabkan Sufi memasuki qada' cerita ini) yang berjaya dibayangkan oleh Kabir. Ini ditolong oleh lakonan bersahaja tetapi kuat oleh Baizura Kahar serta lakonan sederhana Syed Hussain. Memang Syed Hussain tidak begitu menonjol, tetapi ada kejujuran dan kekuatan dalam beberapa babak yang berjaya dibawa olehnya. Malah keputusan yang dibawa olehnya pada 'jawapan' akhir cerita memaparkan ketulusan Syed yang sebenar (sanggup mengejar Imaan walaupun dia seorang buaya), dan ini dipaparkan dengan begitu pesona sekali oleh dua bintang baru ini.

Sepi ialah suatu filem yang indah, suatu filem yang boleh mengisi emosi dan semangat kita yang memerlukan sesuatu dalam hidup (secara subtle, Sepi ingin kita cari Tuhan dalam dunia yang terlalu menyeksakan ini dengan melakukan muhasabah diri). Sepi mungkin tidak akan menang filem terbaik (jika tidak ada lagi yang baik) buat FFM kali ini oleh sebab penurutan tema cinta yang diangkat Kabir, tetapi Sepi ialah contoh sebuah filem yang senang diintip dan dirasa tetapi mempunyai pelbagai lapisan yang indah di bawah aksi dan suara wataknya. Antara filem komersial terbaik Malaysia tahun ini.
pautan: http://sepithemovie.com/
32 comments:
"Lakonan si budak kecil sebagai anak Tony mengingatkan aku kepada Elliot dalam E.T., sangat cute."
haaaaa????
..mungkin next film kabir/ara/mira bley amik bdak dr siri astroceria (Afi & Abah) ni utk sc.fiction+love story CINTA kot???.. manatau mletup kannn?
p/s: aku 'seksa' tgk wig baizura!!! duhh!
Saudara Fadz,
Saya selalu tertarik membaca tulisan saudara Fadz dalam ruangan ini dan selalu ingin berjumpa saudara di preview preview kami tapi tak pernah berjumpa. Terima kasih atas ulasan saudara. Mungkin kita dapat bertemu di preview kami yang akan datang.
Salam,
ti
ajami, actually wajah, bukan lakonan..
aku tak sedar pun baizura pakai wig.. boleh? iihh, ikau ni, tu benda kecik la!
ti, terima kasih, belilah novel saya:) hahaha, ada masa pulak buat promo murahan.. anw, sure, ajaklah saya yang sangat tak dikenali ni, dengan tertunduk dan malu saya dtg.
Fadz,
kalau dijemput tu nanti tegur2lah ye kalau ternampak...
terima kasih..
xsabar nak tengok SEPI!!!
rindu sgt nak tgk afdlin belakon romantik ni...last time pairing dia yang paling best adalah erra fazira (ada chemistry) xsabar nak tengok Nasha gak. teringin nak tengok dia bawa watak yang lain dari biasa! thanks abg Fadz for a very interesting rview (sbnarnya all of your reviews are intersting)
+ new girl, nak nyibok
k beb yang bi serius teruja!
ahhaa..
Woo.dah tgk rupanya.... cayalah komen bro ni.... anyway sapa awek misteri yang tumpang sekaki tu ???
Woo.dah tgk rupanya.... cayalah komen bro ni.... anyway sapa awek misteri yang tumpang sekaki tu ???
johnny, masalahnya emmm, saya tak tahu rupa awak.. harap awak datang sergah saya ya, hehe
delovely, marhaban dan terima kasih:) yeap, antara lakonan terbaik Afdlin.
pijan, apakah itu?
tanpa nama.. ceritanya, budak tu tak datang.. mmg sedih :P
yes, aku pun enjoy tgk filem ni walaupun member kita yg sorang tu tak....he, he...
anyway, segmen imaan betul2 mengingatkan aku pada sixth sense dan filem2 yg sewaktu dgnnya, but it's ok la. Semua pelakon2 best actually tp aku rasa watak yg dilakonkan oleh Pierre Andre mcm biasa aje dan similar dgn wataknya dlm filem Cinta.
Nice to meet u in person Fadz...
filem ini saya nantikan...26 jun ini...sepi...cuma agak sepi promosinya. Sukar melihat afdlin berlakon serius, harap filem ini tidak menghampakan.
iron board, apa yg Sepi buat terhadap idea itu lagi elok daripada apa yang dibuat oleh filem Spirit of the Victim, sebuah filem thai yang cuba susah payah nak setaraf 6 sense tapi apa yang ia berjaya buat ialah merosakkan segala pantang larang membikin sebuah filem (and its not even funny at least, taking its context too seriously).. nice to meet u too bro:)
amira, watak afdlin tetap kelakar (in a good commending way) tapi mempunyai lapisan demi lapisan yang jarang kita dapat tgk (how many times do u see him becoming vunerable).
akhirnya saya jumpa blog yang membincangkan filem secara serius.Syabas buat saudara :)
Saya juga meminati filem arahan stanley kubrick: dia pandai memaparkan warna hitam manusia.
:-)
Love the review. In my 'must watch' list. :-)
hmm skrg dah letak pic kat blog lak yer. so bila rindu i can just open ur blog to see how u doing. u look cuter now, muka dah bersih kot. miss u.
-tk-
"ya, Nasha Aziz sangat mengejutkan"
Ape maksudnye ni?
Harap penulis dapat jawab.Thanks.
wan nor, marhaban dan terima kasih:) Yeap, sukakan Stanley Kubrick dalam Strangelove dan Lolita.. Paling saya suka hasil kerjanya: The Shinning.
amyz, hehe, sure sis!
affan, selalunya Nasha tidak pernah se'gila' tetapi terjaga seperti dlm Sepi. Nasha pernah jadi T. Pinikie dan dia gagal, beberapa filemnya bersama Razak membosankan. Dalam Buli Afdlin saja dia tampak OK tetapi suam2 kuku buat aku. Dalam Sepi, walaupun sedikit over the board, perwatakannya tampak dan kita boleh selami 'gila'nya. Akhirnya, dia mengejutkan.
lakonan eja lemah ke?aku suke giler tgk eja dalam trailer filem ni.Vanida is definitely great la...betol tak?xsabar nak tgk
anon, eja ok, not that outstanding but ok.. vanida is def great.
i always thot yg lakonan Nasha dlm Trauma is the best so far. saudara ckp mcm ni, seolah2 performance dia kat dlm sepi ni JAUH lagi bagus.. hurm.
something to look upon.
thanks!!!
the problem for me in Trauma was i saw rebbeca de mourney in The Hand That Rocks The Cradle and jennifer jason leigh in Single White Female (def the initial work that inspired Trauma) and they were much better. Nasha was OK in Trauma. And still i wasnt dat scared.. even Sepi is not her greatest role, but adequately she become over the par with the previous films ive seen her in.
alamak, tak aci lah bandingkan die ngan international stars.. haha. apepun, tats great n handful of infos. thanks again! (mcm pnah dgr cte single white female ni) hurm..
Aku rasa ramai orang keliru dengan maksud "mengejutkan' dan "her best performance EVER" dekat sini. Wonder kalau Fadz kena eja sebijik-sebijik for these literal-minded goons.
affanazmi, yeap, felem itu besh sebab bridget fonda berambut pendek macam lelaki tapi sangat feminin.. eh, apa kena pula ngan filem yek?
nazim, isyk, jangan le gituh ko nih, bawak bersabar, aku tahu minyak dah naik..
ajami- betul. wig selalu kacau dlm mana2 filem pon. sarat.
fadz- gadis banyak menangis menonton cinta nnt.
Aku tgk Sepi sebab kehebatan filem Cinta dua tahun lepas masih terngiang ngiang kat kepala aku. AKu jumpa blog ni pun sebab filem Cinta. Aku tonton Cinta kat wayang 2 kali, dan aku siap beli vcd dan soundtrack original lagi! Yes! it was THAT good to me..
Personally, aku sangat2 kecewa dengan Sepi.. aku tak jumpa magic macam yg aku rasa dalam Cinta.. yes, cinematography dia mungkin sehebat CInta.. jarang2 sangat dapat tgk shot2 dari dalam ruang kecik macam shot dalam oven yang di buka pintunya at the first scene of the movie. AKu rasa mcam banyak sangat aku nak pertikaikan penceritaan dia. Aku rasa mcam ringkas sangat. Contohnya macam bila tiba2 Vaneeda kata dia tak jadi kawen.. aik takkan camtu je? Terlalu mudah utk memberitau penonton penyelesaiannya. Sama macam dengan mudahnya Harry Osbourne dlm Spiderman 3, di beritau oleh butler dia pasal kematian sebenar bapak dia dan tetiba dia leh accept. Same goes with apa yg jadi pada Nasha bila afdlin tiba2 beritau kat dia yg dia takleh nak terima nasha di tengah2 wedding tu! aik? apa nih.. takkan camtu je..
CIta Tony Yusof ngan adam sangaaaaaaattt bosannnn. Arghh.. dia nak cita apa sebenarnya nih.. AKu siap ingat memula yg Eja ni "tak wujud" sebenarnya bila tiba2 dia muncul sebelah Tony dan boleh selamba2 tegur Tony.
As for kisah baizura (her ass.. wow) pulak quite interesting tapi twist dia macam tak sesuai utk filem ni. Tak tau napa. Macam Beautiful Mind pun ada. As for technical part pasal baizura yg pakai wig ni. Mulanya aku pelik apsal karakter dia kena pakai wig? kalau tak pakai pun it doesnt make any different pun. Rupanya bila tgk scene accident tu baru aku.. wig tu leh cover muka stunt man la.. tul tak.. hahahaa
AKu setuju pasal kebingitan pada soundtrack2 filem ni. AKu takleh nak concentrate kat lagu2 dia since keluk konsentrasi aku makin jatuh sepanjang filem ni. Walau macamanapun Sepi masih dalam kategori filem yg baik juga dan tetap berada dalam kelas nya yg tersendiri. Aku cuma tak suka dengan storyline dia kot.
err, aku suka sepi sebab:
1st time aku jatuh cinta dengan vaneeda. Serius. Masa aku tgk perempuan melayu terakhir, aku tak berapa nak ghairah, tapi dlm Sepi, man, she's a babe!
aku suka dengan semangat afdlin shauki yg minimalis. Selalunya afdlin 'react' ke arah komedi. Di sini Afdlin 'subdued', leterat 'wit'nya pun diam. Orang yg suka tengok Nasha sebab dia 'bising'- kebiasaan. Tapi itu yin n yang afdlin nasha dan disulam dgn cantik.
Fairy tale- ya, sangat. Filem ni sebuah fairy tale dan sambungan asyik mahsyuk hikayat2 lama org Melayu/Parsi/Hindi. Fasal tu logik dia 'out' kerana membawa romantisme yg terlalu: Sufi disulami hal ini (bayangkan boleh berubah dlm masa yg sebentar, ini kebiasaan hero romantism) malah titik bayangan Afdlin dan Syed Hussain (mereka pun hero romantis tapi tak segila Sufi). Kalau korang sedar, gaya ini disengajakan (lihat nama: Adam- manusia pertama, sufi- hal kalbu menyuci jiwa, imaan- kepercayaan) untuk menunjukkan Sufi ialah 'jantung' dalam Islam (tasawuf/adab/akhlak ialah jantung buat setiap amal, kepercayaan manusia). Kebanyakan cerita sufi pun memaparkan wali yang 'tak habis2' menyatakan cintanya kepada Khalik walau bagaimana dia diuji (rujuk Saawariya, sebuah filem hindi yang bertema sama)- oleh sebab itu Sufi mesti mati di akhir cerita kerana cintanya akhirnya buat TUHAN.
Oleh sebab itu aku suka babak Imaan kerana ada relevan 'spiritual' di sini (tetapi jenis manusia sangsi melihatnya secara psikologi). Imaan saja perempuan (kenapa?) dalam tiga watak utama. Tetapi oleh sebab aksi kejadian Sufi, Imaan 'dibuka khashaf' akan kebenaran (dan itu pun berlaku terhadap Adam secara rasional), lalu bila dia faham, dia sedar (semua manusia seperti mati, tetapi bila mendapat kesedaran, mereka sedar lalu sujud pada Tuhan menyatakan kebesarannya).
Dalam filem ini, dinyatakan kebesaran Tuhan secara halus dan bagaimana manusia memahaminya (sebelum terlambat). Kebesaran ini dibayangkan dengan cinta antara insan, satu kebiasaan tulisan orang sufi. Ini yang sebenarnya yang cuba dibawa oleh ARA, tetapi mmg ia agak susah diterima dlm dunia serba fizikal dan materi sekarang, bila rasional dan akal lebih disentuh daripada hati.
Oh ya, aku suka wig Baizura. :P
approach filem ini sangat sama dengan amores peros milik innaritu, tp tak salah benda tu cuma aku rasa filem ni agak lemah dalam penceritaan.
kisah eja tan tony adalah fav aku (ye aku tau ramai yang tak suka cerita diorang) bg aku kekuatan tony dan eja amat mengejutkan dua2 buat aku rasa wow. cerita pieere, baizura kahar sgt predictable dan aku bosan. dan yang paling membosankan aku bila babak accident diulang lebih dr 3 kali which aku rasa dah hilang magik filem ni.
so far filem ni takdelah teruk sgt, predictable but still worth fr money. untuk lakonan, eja dan nasha buat aku kagum!
pijan, hehe, baguslah u see it dat way.. but what happens if u take 3 of the story together?
cuba ni untuk Babel juga.. ull be surprise..
together skali pn i still think that cerita eja dn tony ada something
ishk.. :)
tgu bnest movie kabir mcm babel agaknye haha.. tp die best. visisonary..
but i would love to watch Kabir do something diff, maybe somtg a bit like Woody Allen.
Post a Comment