Bagi anda yang pernah duduk bermain piano, gitar atau violin atau apa-apa, atau bernyanyi di sebelah yang tersayang bila memetik atau menghentak kunci piano, anda akan dapat sesuatu dari Once.
Ada sebuah babak lagu "Falling Slowly" di mana Irglova bermain piano dan Hansard bermain gitar lalu mereka bernyanyi. Memang, babak sebegitu sudah banyak yang berlaku dalam mana-mana klip MTV, atau mana-mana video khas seorang bintang membuat rekod, tetapi babak itu, paling persis menangkap segala pertemuan mata, kesatuan suara dan muzik serta perhubungan yang kita tahu akan berlaku antara Glen Hansard dan Marketa Irglova. Seperti mana sewaktu aku kecil, menyanyi di tepi piano sedang adik perempuan aku mengetuk kunci piano, lalu mata kita ketemu dan suara teradun, menggema suasana, hal itu sangat membuak satu penyatuan, dan penyatuan itu berlaku dengan sangat intimasi, sangat peribadi dalam Once.

Once ialah sebuah filem peribadi buat aku. Filemnya soothing, ia tidaklah mementingkan sangat ceritanya (walaupun pembikinan dan pengolahan ceritanya sendiri bagus, terjaga dan bertempat), tetapi ia mementingkan bagaimana aku mengikatkan diri aku kepada dua watak 'tersesat di tengah kota untuk cinta dan pengiktirafan', isi hati mereka (dan ketetapan keputusan mereka) serta bagaimana manusia diikat dengan alam yang di kelilinginya. Once ialah filem yang membuak perasaan dengan menenangkan halwa telinga. Once juga menangkan mata dengan alunan kebiasaan dengan kamera murah tetapi membuak suara benar tentang kota Dublin dengan sejuk musim luruhnya, di mana pada satu bahagian, halwa mata kita akan terusik tenang bila Hansard dan Irglova memandang kejauhan lampar laut Irish di atas bukit yang hijau. Dan di situ, baharu Irglova boleh mengucap sejujur-jujurnya apa yang dia rasa akan Hansard.
Memang, penceritaan filem ini senang kalau dilihat dari sudut penstrukturan. Filem ini hanya terpecah kepada dua bahagaian, bagaimana sekumpulan pemuzik bersatu dan masuk rekod studio lalu merekod lagu (pembuahan harapan anak muda Irish), dan keduanya kisah perhubungan yang baru mahu intim antara dua watak utamanya. Kalau pengkaji filem teliti, mereka hanya akan mencari sebab-akibat yang boleh dikaitkan dengan dua buah struktur tema yang sudah dipilih ini lalu sudah tahu 'konsekuensi'nya (hanya ada dua jalan sahaja). Tetapi itu tidak penting. Yang penting di dalam filem ini ialah bagaimana lagu yang ditatakan di dalam filem membuak 'cerita'nya tersendiri terhadap imej dan terhadap penerimaan penonton (apa jenis perasaan dan keintiman yang ia berjaya cetus buat penerima) - ini adalah satu daripada tujuan estetika dalam filem muzikal, lalu di dalam filem ini, ada banyak 'cetusan-cetusan' ini yang berjaya disampaikan, malah boleh dikatakan, filem sebesar muzikal Dreamgirls pun nampak lewah dengan kebiasaan babak-babak muzik dalam Once.
Setiap nafas dan lirik mata manusia dalam Once ini penting, kerana ia membuak kemanusiaan sebenar dan pembawa cerita sebenar. Dalam diam-diam bahasa pergerakan badan, ia sebenarnya lebih kuat daripada lagu-lagu yang diutarakan (walaupun aku tidak menyangkal kekuatan lagu Hansard, malah menyebabkan aku masih tercari-cari runut bunyinya sehingga sekarang), kerana lagu-lagu itu adalah pembuakan suara hati kepada harapan/desakan/keceriaan/rintihan, sedang yang realiti ialah suara mata dan gerak badan serta hela nafas yang tidak selalu diungkapkan. John Carney berjaya menangkap gerak-geri ini dengan seteliti mungkin, mengharuskan satu perjalinan kebenaran sifat manusia yang utuh.
Seperti yang berlaku pada babak 'gelap' sewaktu ketidaktentuan kita akan Irglova dan Hansard, walaupun 'kita tahu' makna Irglova yang diam dan hanya boleh menangis di bahu Hansard, intimasi yang diam yang berjaya dipaparkan lebih kuat daripada segala lagu dan bunyi yang berlaku dalam seluruh 85 minit filem ini. Kalau kita teliti, di sinilah sahaja babak 'sunyi' yang disengajakan selepas luah lagu dan kata-kata yang keluar daripada watak-wataknya, sebelum dan selepas. Di sini, pembuakan 'lagu' dari isi hati kita benar-benar membuat perjalinan dengan filem ini, waktu di sini, suara hati kita bernyanyi untuk sesuatu yang berlaku. Pembuakan hati kita bukan lagi kerana apa yang akan terjadi terhadap dua watak itu tetapi apa akan terjadi dengan kita dan hidup kita. Di sini, tempat sunyi filem ini ialah titik cerekawala Once. Di sini aku menangis tiba-tiba.
Once sebuah filem yang sangat peribadi buat aku, dan antara filem yang terlepas pandang oleh aku selama setahun lepas. Filem ini banyak membuak perasaan dan sentimentalsiti yang sudah lama aku tidak dapat fikirkan aku ada. Aku percaya selepas Once, orang-orang murung seperti aku memang ditakdirkan untuk zuhud dan seorang, kerana harapan aku (dan seni aku) adalah buat aku dan aku seorang walaupun ia boleh dikongsi, tetapi ia hanya menyentuh orang di luar sana, sekala-sekali.

21 comments:
oh I love Once....my fav part is when they singing in the music shop....
Salam,
Aku belum baca review kau lagi, tapi aku tahu yang aku suka Once. Endingnya perfect dan punya soundtrack paling hebat pernah aku dengar.
poodah cit!
kau dah 30 belum?
kasi try ni?
http://professionals.filmfestivalrotterdam.com/eng/press/trainee_project_young_film_critics.aspx
Once adalah jenis filem yang ruins it for other movies. Ia memang perfek, and effortlessly so. Jenis filem yang buatkan kau pikir, "Kenapalah Malaysia takleh buat filem gini*?" or "Kenapalah more movies can't just be this good?"
Walaupun ia tak mencirikan diri aku or apa yang jadi kat aku tahun lepas in a bittersweet way (sori, Fadz), aku berani cakap Once was my personal fave movie of last year. Deskripsi bapak aku pasal filem ni agak tepat: Cerita ni, macam gitar yang heronya main, taklah nampak gah mana bila sekali pandang, tapi don't be deceived. Dari petikannya, boleh terlahir the most beautiful and touching music, dan dari usaha krew-krew amaturnya (termasuk si pengarah, John Carney), Once boleh jadi cantik dan touching.
*Well, mungkin Sepet. And seriously, siapa lagi yang teringatkan percintaan Jason/Orked masa tengok filem ni selain daripada aku?

saat, itulah lagu "falling slowly" dan ya, itu antara babak paling sedap dlm Once.
waris, samalah kita..
anonymous, fuck u too.
nazim, yeap.. the beauty of Once is in the effortlessly silent performance of its lead, not giving too much but intense in emotion when they let out their music steam.. powerful stuff.
lps eternal sunshine spotless mind jarang ada filem buat aku nk tonon lagi dan lagi.
aku tonton dvd filem ni dah 4 kali dan aku tak kesah nk tonton lg 4 kali haha..
;)
sori beb, terpotong alamat:
http://professionals.filmfestivalrotterdam.com/
eng/press/trainee_project_young_film_critics.aspx
anon, link apakah itu?
ceter seeket kat seye leh?
pijan, yeap.. suka kat eternal sunshine gak
ni hah perenggan yang dia dah tebalkan>
The 11th IFFR Trainee Project for Young Film Critics of the IFFR offers up to six young (under 30 years), motivated and talented film critics from outside The Netherlands a chance to get acquainted with the Rotterdam film festival and the cinema of the world.
selanjutnya disini>
http://professionals.filmfestivalrotterdam.com/
eng/press/trainee_project_young_film_critics.aspx
oh ini ke? tapi aku pelacur filem, bukan pengkritik filem. Kau isikan utk aku lah anon, bleh?
biasalah tu.
boleh, boleh, boleh.
aku/mereka cuma perlukan beberapa benda kat bawah ni dari kau. bila dah siap emelkan ke terus ke press@filmfestivalrotterdam.com
tapi kalau kau segan (agaknya) boleh lah emelkan ke meknaninonimes@gmail.com
aku akan forwardkan ke emel diorang.
pengerasnya ialah:
• a motivation letter to support your application: explain why this project and the Rotterdam festival appeals to you.
• your resume (CV) including your contact details and date of birth.
• up to three proofs of recent work you published on (independent) film or film festivals. If not in English, provide English translations to demonstrate your command of this language. If you work for a print medium, send in complete copies of your affiliation with your articles or reviews.
• information about your affiliation(s): title, name of chief editor, postal address, phone number, email account, periodicity, circulation, web address, estimated unique page views per month.
• a recommendation letter (on company letterhead) of your principal affiliation’s editor assigning you to cover IFFR 2008 and confirming that your IFFR 2008 report will be published.
selamat maju jaya!
nomor lima tu macam susah je nak buat je tu! hang nak aku terjemah ke Inggeris? aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. hellpppppp
Filem dan soundtrack terbaik bagi aku tahun lepas.
Aku dah 4 kali tonton. Setiap kali babak nyanyian 'Falling Slowly' di kedia muzik tu muncul, perasaan 'meremang', goosebumps tu tak pernah hilang. Filem ini kuat.
Nanti jumpa aku, aku kasi soundtrack. Yes, percuma.. untuk kawan-kawan. :)
satu-satunya filem 'muzikal' yang aku suka gila2
edd, kau serius? aghhhhhhhh, love u man ( i know u have a wife )! Aghhhhh!!!! (pengsan)
maberik, muzikal eh? hehe, yeah, sangat simplistik tapi bermakna.
once- in love
once- so in love.. palat punya sedara aku, balik UK tka beli pun soundtracknya.... Edddddddd, wer r u????

arghhjhh aku baru je dgr soundtrack and tonton filem ni... aku skang tgh GILA dengan lagu If You Want Me!!! lagu tu sangat meransangkan jiwa aku.. sangat sangat addictive.. vokal haunting marketa sangat laa.. arghh.. this is by far one of the beautiful song ever created!! ever!!!! aku boleh dengar berulang ulang kali tanpa jemu.. thank god lagu ni tak di air kan di radio2 komersial
Post a Comment