Sebelum aku mula mengupas filem ni, baik aku taruh beberapa perkara yang aku tak suka dengan hasil kerja Kamal Hassan dalam filem ni:
- Efek khas CGI dalam filem ini gagal dengan besar. Kalau ditayangkan di negara barat, orang hanya akan ketawakan bagaimana 'murah'nya konsep besar yang tak tercapai dibuat dalam filem ini. Di sinilah Kamal dan para produksi harus sedar akan kekuatan prop dan efek khas zaman 80-an yang lebih tampak 'real'nya daripada terlalu berharap kepada CGI. CGI lemah hanya akan menyebabkan filem itu nampak seperti kartun, seperti filem ini.
- Solekan prostetik yang dikenakan buat Kamal Hassan itu buat aku tidak perlu. Daripada ia berjaya meyakinkan kita Kamal Hassan boleh melakonkan 10 watak berlainan dalam sebuah cerita (mengambil idea 10 avatar lahir semula dewa Visnu) telah membuat kita terpinga-pinga dengan solekan prostetik yang amat buruk (malah solekan Erra Fazira dalam Hingga Hujung Nyawa lebih hidup), menjadikan filem ini semacam sebuah perhimpunan topeng Haloween dalam sebuah filem 'Kollywood'. Contoh terburuk ialah watak Guru Jepun di dalam filem ni yang sememangnya suatu watak yang sangat membingitkan kerana wujud dalam cerita hanya kerana ia perlu bertempik "Tsunami!" Kita seakan terasa ditipu bahawa Kamal Hassanlah yang bercakap Jepun/Inggeris. Seakan suara yang keluar itu boleh saja di'dub' daripada suara orang lain kerana prostetik itu sangat 'menipu' mata kita.
- Satu perkara aku sokong Nazim Masnawi. Kamal Hassan tidak perlulah mengikuti jejak langkah Rajnikanth untuk tempelan hero tetapi kembalilah kepada watak manusia yang lebih manusia seperti yang aku tonton dalam Hey Ram, Indian dan Virumandi. Gaya aksi slapstiknya terlalu. Bolehkah seseorang melompat dari tingkat tiga dan tak patah kaki? Inilah baru orang kutuk 'filem k*****'. Aku boleh percaya jika ia keluar dari Hollywood, tetapi filem ini tidak meyakinkan aku 'kuasa dewa' yang Kamal Hassan ada, malah kadang-kadang gayanya terlalu ditekankan, dan suntingannya terlalu laju, kita rasa tertipu. Ini mungkin masalah filem Tamil, tapi jika ia dibuat-buat dengan terpaksa, ia mencurigakan penonton yang tidak mencari eskapisme dalam wayang.
- Memang 'penciptaan' 10 watak ini satu ambisi yang tinggi dan sendirinya memerlukan konsep pembuahan 'dewa', maka epik ngeri ini memerlukan 'kebesaran melampau' watak Kamal Hassan ini yang kononnya 'separa dewa', tetapi dengan mengikat beberapa watak yang boleh saja dilakonkan oleh orang lain (dengan lebih baik lagi) seperti nenek, guru Jepun, pemuda Islam, George Bush(! - paling memualkan, melakarkan Presiden Bush lebih bijak daripada realiti sebenar, lebih baik diambil saja pelakon lain melakonkan) dan pembunuh bekas CIA, filem ini akan lebih bermakna. Dengan mengambil 10 watak ini, pendabik dada Hassan bahawa dia 'universal hero' seakan-akan satu penakrifan yang sangat angkuh "semua aku nak bolot".
Baik, sekarang kupasannya:
Ada sesuatu yang sangat menarik dengan filem ini. Pertama, inilah kali pertama aku menonton filem Kollywood yang berani membawa persoalan kewujudan Tuhan! Ya, aku tahu ada beberapa filem Hindi yang pernah melakukannya, tetapi filem ini membawa persoalan berat ini dalam bentuk yang sangat 'simplistik' serta komerisial. Kedua, kalau mahu membuat filem agama, yang terbaik selalunya datang daripada seorang pemikir ateis liberal, seperti Kamal Hassan (ya, dikatakan Kamal Hassan seorang ateis dan sosialis). Pertama kali aku menonton sebuah filem yang berani mempersoal kewujudan Tuhan (mengambil implikasi ateis) kepada kepercayaan bahawa adanya sentuhan Tuhan terhadap sebab-akibat dan qada' qadar manusia (implikasi teisis). Dan paling mengejutkan, filem ini tidaklah bersandarkan kepada kebenaran agama Hindu sahaja. Filem ini membuka satu cerita 'universal' yang boleh diterima oleh mana-mana agama (serta mana-mana orang bukan agama) bahawa dalam kontreversi persoalan Chaos Theory serta Butterfly Effect, semestinya wujud suatu 'Tuhan' yang menyusun atur hal sebab akibat seluruh manusia itu. Bila anda seorang Hindu, anda akan melihat filem ini dari kaca mata penganut Visnu dan Siva (dalam pertalian saling berantakan anutan-anutan dalam Hindu ini juga dikupas dengan cantik, memaparkan kepincangan fanatisme bukan datang daripada kepelbagaian dewa tetapi kefanatikan pengamalnya), bila seorang Buddha, seorang Jepun (watak Guru Seni Pertahankan diri itu), Kristian (antara watak terkuat dalam filem ini, seorang pariah yang menjadi aktivis alam sekitar beragama Kristian), seorang Islam (kaca mata pemuda Islam campuran Afgan yang dituduh teroris) dan ateis (watak saintis). Ya, inilah filem pluralisme (dan hanya berjaya dibuat di India kerana mereka memahami kepelbagaian dalam kepercayaan agama) yang terlepas daripada kaca mata KDN dan LPFN, siap dapat rating U lagi. Tetapi persoalan (percaya atau tidak percaya) dalam kewujudan Tuhan dan kaitannya dengan pemahaman manusia dalam menggunakan ilmu sains dalam memahami realiti benar manusia menjadikan filem ini mempunyai ambisi sarwajagat yang sangat tinggi.
Ini adalah kerana, idea campuran redemption dalam Krisitian, lahir semula dan karma dalam Hindu-Buddha, Qada' Qadar dalam Islam, saling kaitan yang menggerakkan dunia dalam Chaos Theory, semuanya diikat, dengan mengejutkan, logik dan tersusun. Idea setiap satunya peristiwa mempunyai tujuan tertentu kenapa ia berlaku berjaya disaluti dalam pelbagai anutan, membuatkan idea itu sendiri satu kepercayan sarwajagat manusia yang dimiliki manusia sebenarnya sejak zaman berzaman.
Dan semua idea besar ini digerakkan dengan sebuah plot laju tentang seorang saintis yang mengejar virus yang diciptanya sendiri daripada sampai ke tangan orang yang salah!
Ada beberapa bahagian dalam filem ini membuakkan humanis yang menyentuh, yang kuat dalam mana-mana filem tulisan Kamal Hassan, tetapi dalam filem ini, ia lebih dekat terhadap mata dunia kerana kaitannya dengan Tsunami (ya, kerelevan tsunami dengan humanisme, suatu idea yang sangat besar!), tentang alam sekitar yang dicuri oleh manusia tamak serta kuasa manusia yang memusnahkan diri mereka sendiri. Semua ini diikat dalam sebuah filem lagak ngeri yang kadang-kala terlalu luar dugaan, kita maafkan kerana konsep 'lebih besar dari dunia' yang dibawakan oleh tema filem ini.
Kekuatan lakonan Kamal Hassan boleh dilihat dalam dua perkara: skrip filem ini yang sememangnya kuat, dengan jejak wit yang kalah mana-mana filem Inggeris yang pandai berbahasa (ya, orang India adalah manusia berbahasa yang mempunyai budaya retorik/penfalsafah/debat yang tinggi, seperti mana orang Yunani pada zaman dahulunya, orang India meneruskan tradisi ini. Oleh sebab itu, kebanyakan mereka adalah pakar bahasa, sasterawan, ahli politik [pandai puter belit?] serta peguam prolifik), walaupun aku tidak faham sepatah Tamil/Telegu, dialog bersari katanya sudah cukup buat kita terkekeh, lebih-lebih lagi watak ketua polis, Balaram Naidu yang etnosentrik Telegu. Lihat sahaja babak aktivis alam sekitar, Vincent Poovaragaan berdebat tentang 'perkosaan alam/manusia oleh manusia', idea retorik yang dimajukan boleh sahaja melenyapkan mulut mana-mana manusia puter belit dengan kebenaran dan hujah-hujahnya.
Kerja kameranya pun berani. Babak awal filem ini sudah menandakannya. Shot selari panning dari udara yang bergerak dari luar bumi sampai ke stadium (suatu idea P. Ramlee dalam Semerah Padi) lalu sampai ke Abad ke-12 adalah satu 'high mark' tinggi dalam kerja teknik filem-filem Kollywood. Kuasa epikal dan besar ini di'turunkan' sedikit auranya apabila beberapa efek khas termasuk efek tsunami di akhir cerita tampak 'kecil' walaupun agak sederhana pelaksanaannya. Tetapi begitulah rahsia sinema, kalau mahu mulakan sesuatu, mulakan dengan dentuman Bang! Beberapa shot seperti di bangunan kosong, dengan aksi-aksi ngeri sudah cukup berani meninggalkan konvensional filem aksi, walaupun ia sedikit janggal dan tidak sesistematis atau kemas seperti filem-filem aksi Hong Kong.
Kamal Hassan sudah melakukan sesuatu dalam filem ini. Ini bukan filem terbaiknya, malah kalau dikira tentang lakonan, aku percaya, ada beberapa filemnya yang 'senyap' dan lebih humanis lebih mengujakan daripada melihat ketangkasannya bermain dengan bahasa dalam filem ini. Tetapi idea besar filem ini yang diikat dengan perasaan kepercayaan kepada kebaikan kemanusiaan adalah satu pengiktirafan bahawa Kamal Hassan masih percaya terhadap harapan kemanusiaan walaupun kita dalam era keganasan dan kesangsian leluasa.

13 comments:
mungkin pengarah ingin cuba satu kelainan
fadz..
i nak tengok filem PENSIL
tapi kenapa you tak review dalam blog u??
Please do.. coz its always nice to go see the movie after reading yr review
:)
fadz... mana review filem pensil
saya selalunya tonton film based on yr review??
do it please..
hehhehee
coffee, err yah, mmg kelainan, tapi kebesaran yang kanag-kala susah nak jaga.. Donnie darko lebih terjaga walaupun berskala kecil.
anon, ha dah, kat atas tu!
best ker citer nie?ko tgk versi Hindi, Tamil @ Telugu?
kalo best nk beli DVD... aku suke kompol citer2 yg pelik tapi menarik..
hentam, filem ni versi Tamil la dey:P nak beli dvd, kenala cari kat kota kecil india..
u siapa untuk comment hasil kerja org lain...filem melayu ada kebolehan untuk buat filem mcm ni ke???bajet pun tak ada..nak kutuk filem tamil...kalau u ada kebolehan mengutuk dan cari kesilapan orang lain,buatlah sebuah filem,jgn kata bajet besar,tengok bajet kecil awk boleh buat tak???mulut tu jaga ckit,sebelum kutuk,cari pandangan pembuat filem dahulu...
Good review bro, i do agree yang efeknye memang tak kena dengan peredaran zaman, sebab bajetnye banyak ditelan oleh make up sendiri. saye harap filem ini mempunyai 10 pelakon yang berbeza daripada dibuat hanya kamal sahaja. saye memang peminat nombor satu beliau but quite disappointing. jalan cerita yang menarik tetapi presentation tak interesting.
I would suggest some of his best works...
1) Anbe Sivam (highly recommended) -pandangan ateis and komunism dan pandangan moden zaman sekarang, lakonan Madhavan dan Kamal.
2) Mahanadhi (award winnning movie) - filem tahun sekitar tahun 90an tetapi cukup menarik bagaimana dia mencari anak perempuanya yang dijadikan pelacur di calcutta selepas dia di tuduh menyeleweng wang rakyat. Warning...not for faint hearted....sungguh sedih...lakonan yang mantap, jalan cerita yang cukup baik.
3). Thevar Magan (official entry for oscar)...
salah satu filem yang cukup baik and global thinking yang berlatarlkan kampung halaman seorang graduan London yang kecewa dengan hidup rakyatnya yang abosrbed dengan kegansan....well made movie and performance....
4). Alavandhan (Schizophrenic subject)
filem yang ahead of time, sukar untuk di review because suject yang sungguh global dan efek yang menarik. about adik beradik kembar yang kelainan sifat.
5). Salangai Oli (kisah penari klasik yang ditindas)\
official entry to oscar as well...lakonan yang mantap dan jalan cerita yang bagus.....
6). Nayakan (official entry to oscar. Kamal Haasan seorang pelakon yang dapat highest entry to oscar from India. Filem ini adalah Time Magazine's 100 best movie ever made in the world. Arahan pengarah Mani Ratnam. Kisah hidup seorang Tamil di Mumbai yang ditindas dan bagaimana dia protect orang orangnya. Kisah biografi Varadaraja Mudaliar di Mumbai, India. Must watch for all film Lovers. Just lupakan bahasa dan budaya yang dibwa tetapi open your heart and watch those movies as a film lover.
7) Guna (Mentally illed Kamal)
One of the most underated movie but one of his best till date. Bagaimana seorang mentally illed patient dipergunakan untuk robbery oleh pakciknye, akhirnya die menculik seorang gadis yang kaya raya.
8). Sigappu Rojakkal - Red Rose
Filem sekitar 70an-80an, remade into filem Jamal Abdillah, Suratan Kasih (1995), pembunuh Psycho yang membunuh wanita yang dibenci olehnya disebabkan childhood problem....good movie with Sri Devi.... Remade into many languages including Hindi, Malay, and Japanese.....
9). Moondram Pirai-
Sri Devi and Kamal Haasan,,
a bond between an insomnia patient and a school teacher, well made movie.....dan sedih endingnye....
10). Indian - filem arahan Shankar (Endhiran)...bagaiman seorang tokoh freedom fighter British yang dulunya menentang orang asing, sekarang menentang orang tempatan yang corrupted...menangi anugerah pelakon terbaikk India in 1997......
ini adalah 10 top films of Kamal Haasan dan banyak lagi filem filem kamal haasan yang boleh dibanggakan tetapi rakyat India selalu mangagung-agungkan pelakon Rajinikanth...tak tahu kenape....this is just a window to Kamal Haasan's movies...enjoy...hope you could review them...thanx buddy
All the best mate, Im also a Film lover, i do follow your blogs...goo d job....some of these movies are in Youtube with subitle

03 November, 2010
wahh banyaknya!! thx!!
tapi tahukah saudara, mencari filem tamil di kedialah yg paling susah, sampai menarik rambut!!
Post a Comment