28 February 2008

Academy Awards dan Atonement

Sudah, selesai, malam/pagi yang gilang gemilang itu. Buat aku, Academy Award ke-80 antara yang terbaik dari segi pemilihan pemenang. Dan untuk No Country For Old Men memenangi filem terbaik, sudah tiba masanya filem-filem besar yang tak mungkin mengikut penggayaan 'safe zone' Hollywood (dahulu seperti 2001, The Conversation, The Graduate, Chinatown, Blue Velvet, Raging Bull, Taxi Driver, Dog Day Afternoon, Apocolypse Now, dll.) mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi filem terbaik. Di dalam sejarah Academy Awards, sangat jarang untuk kita ketemu filem yang mempunyai suara akhir yang fatalis dan pesimis. Hanya beberapa seperti The French Connection, Platoon dan Midnight Cowboy yang diberi peluang. Itu pun pendirian humanis dan protoganisnya masih mempunyai 'upper hand' terhadap alam hitam yang ditentang. Adakah filem segelap Donnie Darko juga mungkin akan diberi peluang memenangi filem terbaik Academy Awards nanti?


Atonement(2007)

Antara kesemua filem (kecuali There Will Be Blood) yang aku sudah tonton untuk filem terbaik Oskar, aku terpaksa mengaku, filem ini menjadi filem kegemaran aku.

Atonement sebenarnya sebuah filem senang, dan kadang kala mengambil masa pada awal 30 minitnya. Filemnya bercerita tentang seorang budak perempuan bernama Briony Tallis yang 'cemburu', dan kerana kecemburuannya, mengakibatkan dosa yang paling halus dalam sejarah manusia tetapi setua dunia: memisahkan dua insan yang hangat bercinta.


Kuasa Atonement dibuka dengan runut bunyi yang mengasyikkan. Campuran ketukan mesin taip dan lagu membawa emosi filem terhadap hati Briony (detik hentakan mesin taip ialah degupan jantung, juga degupan rancangan dalam kepala Briony)- tidak pernah satu inovasi sebegini mempamerkan isi hati kebenaran sebuah watak dengan sekreatif ini. Tempo mesin taip ini juga menggerakkan penonton (kita sedar akan gerakannya berupa hentakan tarian Amerika Selatan, maka kita sedar semangat romantisnya, dan juga semangat terujanya untuk bergerak dan bergerak 'mencari').


Filem ini juga mempunyai gaya POV Rashomon dan paling dekat, The English Patient (ya, antara filem kegemaran aku) terhadap tiga watak, Briony, kakaknya Ceccilia (lakonan memberangsangkan Keira Knightly) dan Robbie Turner (lakonan simpatik dan penuh perasaan James McAvoy). Jika dalam The English Pateint, filem membawa POV watak masing-masing secara mengimbau masa lalu. Di dalam filem ini, ia berlaku sewaktu peristiwa itu berjalan. Tetapi kita sedar, pada akhir filem ini, peristiwa-peristiwa itu juga sebenarnya rakaman Briony di dalam bukunya. Di sini, dan kerana babak ini, filem ini membentuk satu cabaran terhadap penonton. Adakah yang selama ini kita tonton itu 'benar' atau sebenarnya hanya mainan kepala Briony untuk melariskan novelnya? Benarkah kesemua yang kita sudah tonton itu benar-benar berlaku? Dan adakah kerana permainan kelainan POV ini, sekurang-kurangnya Briony 'tidak prejudis' lalu mengkotakan dirinya untuk "menceritakan yang sebenar-benarnya" kerana mengangkat suara kakaknya serta kekasihnya ke dalam 'cerita'nya lalu memberi peluang kepada pembaca/penonton menghukumnya?


Sisi kebenaran ini yang sangat memikat, membawa persoalan, apakah seni dan kebenaran itu satu tujuan mereka-reka produk ilusi buat penulis untuk menangkap kebenaran manusiawi?


Tempo, lukisan dan lakonan. Semuanya berkesan dalam filem ini. Sebuah filem yang perlu dirayakan buat pasangan kekasih. Dirayakan untuk mengenal kepentingan hidup dan pilihan. Sebuah filem buat aku.

12 comments:

Nazim Masnawi said...

Whaddabout The Departed?

Oh, dan tengoklah There Will Be Blood. Tak tau kenapa, the main character Daniel Plainview mengingatkan aku to a certain ex-prime minister of ours.

fadz said...

The Departed ends with a 'happy note', didnt u realise it? Bandingkan dgn Brokeback Mountain or even Babel. The Departed is 'fun'..

ko dah tgk??? fuk!! Soalan: Berbaloi tak aku beli melalui Amazon There will be blood 2cd special edition?

Nazim Masnawi said...

"The Departed ends with a 'happy note'."

Ya, tapi aku tak rasa ia boleh dicop membawa penggayaan "safe zone" Hollywood.


"ko dah tgk??? fuk!! Soalan: Berbaloi tak aku beli melalui Amazon There will be blood 2cd special edition?"

Lagi berbaloi tgk wayang kot? Check out Mid Valley, man. Takde ad langsung kat paper.

fadz said...

errmmm, pengumuman, err, sape nak gi join aku tgk There will be blood kat mid valley esok malam atau sabtu siang.. err, aku belanja, but i need help in transport...aku sanggup belanja.. lagi sekali aku sanggup, tapi sorang je ah..

maberik said...

dude tengok There Will Be Blood kat wayang! memang berbaloi~

tontonlah sambil minum Milkshake for best effect.

Nazim Masnawi said...

"tontonlah sambil minum Milkshake for best effect."

In-joke yg aku dah buat kat beberapa orang tapi takde sekor pun yang paham. Kan best kalau GSC grows some balls dan jual milkshake kat kaunter? Ya know, like There Will Be Blood Milkshake Special or sorts.

fadz said...

bbbbbbBastardss... semua dah tgk.... arghhhhhhh, i bet u, u dont have these: Black sunday dir Mario Bava and Withfinder General..! hah hah!

fadz said...

bbbbbbBastardss... semua dah tgk.... arghhhhhhh, i bet u, u dont have these: Black sunday dir Mario Bava and Withfinder General..! hah hah!

Nazim Masnawi said...

Ah, lantaklah! Aku ada Jodorowsky's Holy Mountain DAN dah tgk There Will Be Blood. Ha! Ha!

kekure said...

You are a bastard in a basket! muahahahahahahahaha..aku suka daniel day-lewis dalam citer ni..mengingatkan aku kenapa aku suka lakonanannya..rugi ko tak tgk lagi fadz..cam aku sms tu b*** betol tak leh lupa citer nie..

AbduL QaDir said...

soalan: Antara Briony kecik dan Briony besar yg mana satu lagi sedap ?

fadz said...

aku suka yang besar tu, yg tertua tu... strong gila ..