02 September 2008

Punggok Rindukan Bulan(2008) Epik Pathos Berpanjangan


Azhar, sang pengarah dan penulis Punggok Rindukan Bulan (PRB) mungkin mengalami sindrom hiperrindu ikon ibu yang akut (dia rindu duduk bawah dada mak dia?) atau dia mengalami depresi putus kekasih (lagi) kerana daripada menonton The Amber Sexalogy (kompilasi filem pendeknya) dan kini filem pertama Azhar ini, kita menjumpai tema yang serupa iaitu keinginan perasaan yang kosong untuk diisi - ya, perasaan kebiasaan manusia yang agak susah untuk dipaparkan dalam bentuk imej tetapi lebih kuat dalam bentuk kata-kata dan aksi: rindu (sila tonton Empire of the Sun bagaimana gagal/berjayanya Spielberg membuak perasaan 'rindu mak' ini daripada Christian Bale).

Gaya kedua yang tampak dalam filem bayi Azhar ini ialah satu penyambungan Azhar dalam eksperimen pergerakan dalam ruang. Pergerakan yang berlaku dalam ruang layar ini tampak penting buat Azhar kerana bergeraknya protagonis dalam filem ini sepertimana watak-watak dalam filem pendeknya (yang terduduk, menari atau berjalan) membentuk idea keinginan perasaan itu, relatifnya rindu. Kita di'paksa' mengikut, dan kadang-kala keinginan itu terlalu mengharap. Kita dapat melihat, dalam dua atau tiga tempat di dalam filem ini di mana kita akan mengikut seorang budak lelaki, Saeful Nazhif Satria sebagai Sidi dalam goncangan kamera, Saeful, kakinya, kepalanya dan matanya menyelinap seluruh geografi yang mengisi tata layar (di mata kita) dan memberi 'selebihnya' dengan perasaannya yang 'tersimpan' daripada perjalanannya melintas belukar pada waktu malam, memasuki kompleks beli-belah yang usang dan berjalan seorang di atas bumbung flat Bukit Chagar (yang kini sudah diranapkan untuk pembinaan projek kastam Johor Bahru). Babak paling efektif dalam 'pencarian dalam keadaan rindu' Saeful berlaku pada waktu malam sewaktu bapanya (Sahronizam Noor) membawa Saeful ke tebing laut berdekatan sempadan Singapura-Johor di mana Saeful diajak memancing. Kita lihat unggun api di sini (semangat/harapan Saeful) yang kecil dan lampu suluh Saeful yang mencari-cari. Kita tidak lagi mengikut Saeful dalam gelap, tetapi lampu suluhnya (mencari) dalam belukar dan lalang. Dan Saeful bergerak laju dan laju dalam keadaan malam itu, lalu terjumpa unggun api yang lebih besar, lalu Saeful mencampak lampu suluhnya ke dalam unggun api itu lalu pergi - sekali gus puitis dan pathos dalam satu masa, juga ada kuasa gelap di dalamnya. Kuasa gelap ini yang banyak diluahkan oleh Azhar dalam beberapa bahagian lain di dalam filem ini, tetapi tidak akan sekuat ini lagi.


Tetapi Azharr juga mempunyai 'miang-miang'nya dengan licik humornya, supaya tema berat dalam filem ini diseimbangkan dengan sesuatu yang memberi keceriaan dalam warna kelabu dan flat yang 'derelict'. Ini termasuk dalam beberapa babak Saeful dengan rakan-rakannya atau Saeful bermain kurang-ajar bersama dengan seorang tua di flat. Kurang-ajar ini walaupun seronok dan kasar, ia masih menyentuh (kita faham kerana kekosongan jiwa yang terlalu berlaku terhadap Saeful).

Walaupun secara mikro, filem ini bertimbang akan studi individual yang 'merindu' (di sini, merindui kehadiran ibunya), filem ini juga mempunyai beberapa tempo dan imej subliminal akan hal ketuanan Melayu (filem Melayu lama yang ditayangkan di TV, kita akan dengar suara Mat Sentul dan sebuah filem P. Ramlee, juga simbol keris tua di dinding), imej modenisasi Kerajaan yang mencengkam atau merosakkan nostalgia dan sejarah (malah dalam satu babak, Azhar dengan berani memaparkan dengan radikalnya bahawa progres kemodenan membawa kepada lubang-lubang besar dalam sosial masyarakat), serta keinginan 'jauh tapi dekat' rindu Singapura dan Johor. Azhar berjaya mengangkat babak-babak ini dengan komitmen terhadap perasaan rindu itu yang menyeluruh, tetapi mungkin lebih penting dan kena terhadap Malaysia dan Singapura dan tak mungkin dapat difahami dengan sepenuhnya oleh penonton antarabangsa. Pun begitu, idea budaya atau subbudaya yang dicipta oleh pergerakan modenisasi dan politik antara benua serta keinginan untuk mengekalkan budaya atau subbudaya walaupun dalam ambang terkikis terserlah dalam filem ini. Dan Azhar melakukan ini dengan membandingkan dengan keadaan Saeful yang 'cepat membesar' dengan proses sekelilingnya yang terlalu cepat berubah. Malah penonton di akhir filem tentu mempunyai reaksi negatif terhadap projek pembangunan yang berlaku disekeliling (atas nama kemajuan) kerana tersedar bahawa kemajuan membawa kepada kepupusan budaya dan nostalgia.

Idea paling dimukakan oleh Azharr ialah, perlukah kita bernostalgia? Buat aku sendiri, jawapannya ya, malah dengan nostalgia saja kita dapat mengenali diri kita sendiri, 'akar umbi' kita kononnya (idea yang sama daripada filem ini). Dan filem ini semahu-mahunya menjadi sekaligus pengimbauan perasaan nostalgik terhadap sesuatu dan memaksa kita bercerita akan tempat dan orang seeblum mereka benar-benar meninggalkan kita (ibu, flat) tetapi juga mengajak kita mencari diri kita sendiri daripada serpihan-serpihan nostalgia itu yang kian pupus ditelan kemajuan zaman.

Akan ditayangkan di GSC International Screens pada 25 September 2008.

nota fadz: Filem ini bukan sahaja didedikasikan kepada flat Bukit Chaga yang hilang, tetapi kepada tepi bukit berdekatan rumah aku di Medan Damansara yang akan dibina banglo mewah, Sekolah Bukit Bintang yang lenyap di bawah tapak Pavillion dan beberapa lagi rumah/bangunan lama yang kini dalam proses ditumbangkan oleh sebab ketiadapedulinya masyarakat dan pemimpin kita untuk menjaga sejarah dan sumber alam.

layari: http://www.rindu.dahuangpictures.com

18 comments:

Tok Rimau said...

Aku rasa aku akan tertekan menonton shot-shot emosi yang panjang tanpa sebarang dialog. Tapi Bukit CHagar punya pasal, akan ku tonton jua film ini.

Bin Filem said...
This comment has been removed by the author.
iamstradust said...

pathos yg panjang kedengaran seperti long shot aja?

ado kesan retorik dan semiotik film ini terlalu dasyat?

*never watch this film

Anonymous said...

tok, like BALO, it will be written in history as the only film made as a dedication to Bkt Chagar flat. Azharr juga orang Johor tak silap saya.

bin, berapa eh? berjuta?

razaisyam (sedapnya nama), pathos tu hiba, ada bahgaian2 yg kadang2 pretentious tapi tiba2 cipta hiba dlm filem ni, terutama bila Sidi keseorangan. Kita cuba dirasakan 'kerinduan'nya. Retoriknya tak jelas (retorik mungkin sedikit bombastik di sini), dan ya, semiotiknya perlu diteliti dari segi pergerakan dan ruang. akan ditayang seminggu sebelum raya.

Anonymous said...

Razaisyam ni nama manjanya Elly. Dia pernah cakap dgn aku, blog ni menggambarkan kau mat teori. Tapi bagi aku kau mat thesis. Boleh kalah Nordin Kordi dari UUM. Dan yg aku paling tak paham apsal la wartawan hiburan kat malaysia ni susah sangat nak paham filem SUSUK. Aku rasa diorang patut jenguk blog ni dari layan forum gossip kat cari.com.my

Anonymous said...

anon, itu nama manjanya, dia wanita? ermm, aku konpius.. aku mat tesis? warghhh! Nordin Kordi? Sape semua ni? warhh! ada jugak wartawan yang baik, seperti Zeera dan Nor Azam.. aku lagi suka Huzz, hari tayangan preview Kami, Huzz kata: "Yang lain2 aku tak peduli tapi buat interview spesel budak untuk Boy tu, sebab dia cute"... muahahahaahaha

Anonymous said...

Dia lelaki sejati cuma namanya agak manja. Dr. Nordin Kardi pulak naib cancelor UUM yg popular dgn debat Anwar - Shabery. Blog Tukar Tiub juga byk skali menyebut nama tersebut. Nor Azam and Ku Seman Ku Hussein memang aku respect. Owh Huzz rambut berombak tu memang legend. Aku rasa tak lama lagi si Boy tu akan direndam dalam swimming pool. Mintak2 dia pandai berenang.

Unknown said...

Wow - this is a world class review. Tahniah brader - i miss elemen ketuanan melayu tu, x nampak past the keris.

www.cinema.com.my

fadz said...

anon, hehehehe, bagus bagus, heheh.. kalian ni ada kena mengena dgn menuntut filem eh?

ezekiel yg susah nak sebut nama hang, terima kasih dan marhaban:)

Ajami Hashim said...

wow & wahh! kalau ada kasta dlm film critic, kau tahap nirvana nun atasss skali.. aku? sekadar penulis biasa-biasa ajer!.. picisan kata org seni!..

..larriikkk!

fadz said...

ajami, bro, janganlah cakap macam tu... you are higher than me in many ways, and still i respect ur reviews bro.. takde mendenya picisan, ceh! hehe.. Gado hari jadi next mon? jom!

Anonymous said...

keluarlah falsafah atau makna apa pun aku dah takkan tengok filem2 da huang, ZzzzzZzZzZz~~~

fadz said...

anon, itu terpulang pada kau lah.... mesti ko benci punya filem2 Tsai Ming Liang

Anonymous said...

cube ko review movie ni http://www.imdb.com/title/tt1135961/

Anonymous said...

fadz, aku takatau pon ape tu tsai ming liang, maybe sebab aku lg enjoy tonton cicakman2 :)

Anonymous said...

kau dah tengok cicakman 2? kau ni yusri kru ke?

fadz said...

anon, aku tak sempat lagi, filem apa tu?

anon2, aku tka sempat tonton cicakman2, dan aku dah dgr kenapa aku tak tonton cicakman2

Unknown said...

Sy nk tonton film ni, tapi kat ner yer?