di dalam entri kali ini dan bukan imej-imej daripada
filem ini oleh sebab mood aku down untuk letak
imej sebelum aku sampai ke KB. Jadi nikmatilah
beberapa gambar majlis pra-tonton di
Help Univ yang aku ambil. Di atas ialah para
pengarah di sebelah Amir Muhammad dan di
bawah ialah sebelum kami masuk dalam dewan pawagam di atas.
Susunan disengajakan buat mengambil semangat filem ini.
Ya, aku sedang mengira detik sebelum aku akan berangkat ke tanah raja Cik Siti Wan Kembang tanpa seurat benang putih tacap layar seluloid di mata nanti.
Jadi biarlah aku tonton filem puas-puas sebelum tontonfilem jadi tempat berdakwah agama/tempat gambar-gambar awek Pantai CB (Berahi, bukan Bulan)/tempat gambar-gambar jaja Rantau Panjang AKA "Apa ini?" Saharil/tempat tayangan wayang kulit dan apa-apa lagi yang menular nanti. Paling teruk, aku mungkin tak akan dapat pos apa-apa (Ajami tentu suka), atau tunggu hari Sabtu. Jadi, aku terpaksa ponteng terawih semalam (Isnin) untuk meraikan kawan aku Gaia kerana hari jadinya, menonton Kado Hari Jadi, sebuah filem bebas seram Indonesia arahan pengarah baru dan kurator/pengkritik filem, Paul Agusta.
Secara ringkas, ada beberapa babak seksa yang 'menggiurkan', paling tidak, mencengkam. Ini ditangkap baik oleh Agusta dan kru, terutamanya dalam pencahayaan dan prospek warna. Kuasanya terletak sejujur-jujurnya dalam pembangunan mood (semuanya terletak dalam pembangunan mood). Ini dibuat dengan segetir mungkin, kadang-kadang pretensi (pretentious) tetapi tetap seni yang cengkam.

Ini terletak pada babak pertama, mengikut teori kondisi refleks Pavlov, Adam (mangsa diseksa) yang diikat tiba-tiba dicucuk mata kirinya. Kita diperlihatkan layar hitam fade to (tak nampak keganasan apa yang berlaku) dengan deringan jerit Adam diseksa. Bila lampu terbuka Adam sudah hilang satu mata. Kemudian berlaku lagi kegelapan tiba-tiba, Adam mula menjerit tidak tentu hala. Aksi ini ditambah ngerikan dengan satu babak 'matter of fact' bila seorang wanita bergelar Tika datang depan Adam dengan mencoret sesuatu di dinding lalu kehadirannya sendiri sudah membuat Adam menggeliat dan menggelupur seakan berdepan dengan malaikat maut. Ini sebuah kondisi 'shock' yang sangat cantik.
Imej lain seperti air mani keluar kerongkong dan titis air darah membuak satu silhouette erotis yang organik (kita boleh merasainya, bukan takut tetapi mahu), jarang-jarang berjaya dibuat dalam sebuah filem seram tanpa benar-benar ada adegan seks kecuali filem-filem David Croenberg.
Tetapi mungkin perkara di atas sahaja yang menyebabkan Kado Hari Jadi jadi buah tontonan peminat seram. Secara peribadi, ada beberapa perkara yang aku tidak sepenuh memberinya 'kredit' sebagai 'sebuah filem seram yang bagus', mungkin sebuah filem debut yang baik dan campuran unsur pseudo intelek dan seni yang memuaskan, ya (secara sindir, walaupun lebih bersifat penanda filem daripada simbol bermakna, sila rujuk babak Quran terbuka dan pemberian Perjanjian Baru buat pasangan baru kahwin). Tetapi buat filem seram?
Ada sesuatu yang kurang rempah dalam filem ini. Mungkin itu yang membuat aku termenguap walaupun Adam diseksa dalam kegelapan. Adik aku sendiri mengaku bahawa 'kemurahan' Blair Witch Project mahal dibandingkan dengan filem ini. Malah, maaf kata, ada tragedi yang tidak kesampaian dalam filem ini, walaupun pengkahiran yang tersusun di akhir sewaktu Tika menolak kerusi roda membawa implikasi 'harrowing'. Ini mungkin kerana terletak kepada betapa 'sejuk'nya Agusta mendekati watak-wataknya. Kita mahu berempati tetapi kita tidak sempat, malah kita semahu-mahunya mencari dalam riak wajah dan kata pedas watak-wataknya. Semuanya mungkin terlalu 'pandai' untuk membuat kita rasa. Ini mungkin kesalahan Kado Hari Jadi - tidak memberi rasa. Malah, drama tragedi 'real' yang aku dan keluarga aku sedang lalui ini dirasakan lebih terasa seksanya daripada imej yang dibuat itu.
Ada sebuah lubang plot yang maha besar dalam filem ini. Ini terdapat dalam bahagian awek Adam yang menjumpai tempat seksa Adam hanya atas arahan panggilan "jalan terus ke utara". Ia tampak absurd (disengajakan) dan menolak logik keseluruhan filem. Sekurang-kurangnya mungkin awek Adam memerlukan 'tanda arah' ("Irma's Annivesary Gift, move left", contohnya dilekat di tiang) untuk menjumpai sesuatu yang besar.
Suara dalam filem ini, kadang-kadang mencapai hiper sensualis (kita semahunya merasa tertekan dalam enak) tetapi sepenuhnya merasa pekak. Ini mungkin kesalahan audio Help Univ ketika itu. Dalam filem seram, ada dua fahaman mengapa aku menutup telinga aku, pertamanya aku takut (aku panggil faktor "takut gila gaban") apa yang sedang berlaku di depan layar (yang selalu pengrkitik tulis sebagai "meloncat dari tempat duduk". Yang keduanya sebab seksa mendengar runut bunyi yang terlalu (aku panggil faktor "Mr. Strickland" daripada filem Back to the Future. Buat Kadi, kebanyakan adegannya lebih memenuhi faktor Mr. Strickland. Dan ini menyedihkan.

Aku tak tahu apa yang tidak membuat aku menyukai filem ini. Mungkin kerana sudah kebiasaan menonton filem seram, dirasakan filem ini sedikit janggal. Kuasa utama filem subgenre dendam (Saw termasuk dalam kategori ini, walaupun boleh dimasukkan dalam subgenre slasher) ialah menggerakkan kita bersimpati dengan mangsa/pemangsa (antara satu perlu memenuhi misinya), lalu membawa kepada satu konklusi moral yang kuat. Seperti mana The Virgin Spiring(1960) yang mana Wes Craven lakarkan The Last House on the Left, atau Freaks(1932) arahan Tod Brwoning, jikalau idea simpatinya lemah (buat filem Wes Craven), kita dihantar dengan motif sebab-akibat dan aksi yang sangat menggemparkan (si isteri menggigit dan memotong anu perogol anaknya). Freaks mempunyai kekuatan yang mempunyai kedua-dua kekuatan psikologi dan estetika seram (mereka 'membina' semula seorang individu yang membenci golongan mereka). Kado Hari Jadi sebenarnya mengambil idea The Virgin Spring dalam pergerakan membalas dendam (walaupun disusun secara rawak dan runsing supaya penonton tidak dapat meneka pada awal) - moral yang perlu diselesaikan buat pembelaan atau penerimaan sarat normal itu (kehilangan/kecelakaan menyebabkan anti-normal, lalu normaliti dicari dengan membalas si pelaku untuk 'sama-sama' merasa proses kecelakaan). Ada 'lapisan' yang sudah agak menjadi apabila Tika 'berdialog' dengan dokter, yang kita mungkinkan sebagai dementia Tika (dokter itu syaitan yang berbisik) atau memang ada 'seseorang' yang sudi 'menolong' Tika dengan eksperimen 'mengembalikan normaliti'. Di sinilah sebenarnya titik yang paling menarik yang mesti dikembangkan oleh Paul Agusta, membanting dinding ketiga yang menyebabkan persoalan kenapa seksaan yang dibuat kepada Adam terjawab (kerana sehingga habis, kita masih tidak boleh/mahu percaya Tika sanggup melakukan apa yang dia lakukan). Tetapi perkara ini tidak diluahkan oleh Paul, menyebabkan idea baik ini hanya satu daripada serpihan red herring yang mengada-ada.
Oleh sebab itu, Kado Hari Jadi tidak dapat masuk ke dalam subgenre filem dendam sebaik Freaks atau The Hills Have Two Eyes tetapi memasuki filem-filem seram cult yang terpinggir dan disukai oleh segelintir peminat seperti I Spit On Your Grave(1978) atau Maniac(1980). Malah, kalau dibandingkan filem ini dengan filem Ah Long sebagai satu hasil karya pelajar filem, aku memilih yang keduanya daripada filem ini. Maaf Gaia, kado hari jadi anda tak berapa menjadi buat anda malam itu.
13 comments:
Damn good one. Satu perkara yg aku cemburu ialah kau dapat melihat lebih jauh & kaitkan segala filem yang berkaitan. Otak aku tak boleh multi-processing macam otak kau waktu menonton sesebuah filem dalam satu masa hahaha serius.
Maka tak perlu lagi aku beria-ia untuk tonton filem ni, kerana kau dah jadi 'mata' tontonan aku (dengan segala kaitan filem secara perinci yg kau butirkan).
Jgn lupa pos note/link kat fb, tengok apa feedback Agusta (oh ya kau dah add dia belum?)
slm, he will hate me for sure.. :p tak yah lah letak note.. kita2 je ..
anw, theres another thing that i didnt like abt this movie (very subjective), penggunaan kamera gerak huyung hayang kiri kanan yg disengajakan (konon naik adrenalin sewaktu awek Adam cari Adam dan sewaktu Adam buka pintu(?) semacam mahu buat Cloverfield bajet rendah. Blair Witch Project tilt kameranya sedikit ke kiri kanan, huyung hayangnya tak terlalu, dan banyak melambung kameranya daripada babak filem ini, bergoncang semacam atas tongkang dilanda ribut. rasa yg dicipta: poning kepala oden!
Filem ini sebenarnya could turn out to be somewhat a sleeper hit, if done properly.
Aku ada gak tengok karya-karya Tobe Hooper, George A. Romero, John Carpenter, but aku masih admirer Wes Craven though, hehehe...
Crash by David Croenberg pun aku masih tengok sampai sekarang, penuh dengan seksi+suspens+thriller..
Sedih kau nak pindah, but alas, kurang sikit staf ensem kat opis ni so makin kuranglah saingan aku, hahaha...
rash, perasannya kau.. aku tak istilah pun diri aku 'hensem' :p
anw, have fun being the 'selected few' handsome ppl to be around the office..
a'ah ya lah....tell ya...aku pun tertido beberapa kali mlm tu...letih sgt kot....
salaam, fadz. please send me an sms. "talentime" screening coming up soon, and i've lost your phone number.
Fadz,
you are handsome + smart guy.
Rash jeles sebab kasihku terbahagi dua.
heheheheh
~embun~
Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.
yasmin, pls call 911.
gaia, hehe, jom tgk wayang sebelum aku ke KB
Kak Min...!!!!!!!!!!!!!!!!!! I miss u!!
Embun, terima kasih :)
SF, tq :...)
anon, apa ke benda?
eh, ah long pun ada
Dear Fadz,
First I want to thank you for watching my film, taking the time to really think about it, and for your willingness to be honest about your opinion of it. Both the positive and more critical observations you made on KHJ are welcomed.
Btw, I've never made it a habit of hating people for how they react to my work. I'm just thankful to see someone willing to put enough thought into writing an actual review.
I've taken notes on some of the things you pointed out, because in fact some of those are points that I myself felt a little lacking in the final product (I've seen this thing 10 times now, and every time I see it, I see 1 more thing I would change), I've always been (and hope I will always be) my own worst critic.
I do hope that I shall be able to learn from the mistakes I made on this feature in order to make the next one better.
KHJ was our first feature, and we're simply proud of the fact that we were able to get it made, and all the reactions we've received (good and not so good) have served to only motivate us to make more and more films.
Once more, I'd like to thank you for the review, and hope that you will come see us when we screen our 2nd feature there next year, and I hope you will subject our 2nd film to the same critical eye you used on KHJ.
Sincerely,
Paul Agusta
Bin Filem, well..!
Paul, hey thanks for dropping in! Thank u too for coming all the way from Indonesia to watch it with us. It's a privilege to know u and ur film, would def catch up ur next for sure, god willing :)
Post a Comment