27 May 2008

Beberapa Buah Filem Secara Pendek Dalam Satu Nafas

Ya, seakan candu, aku tak boleh berhenti menulis, walaupun aku malas mahu menulis ...

Breatheless ialah sebuah filem yang salah jika kau kata ianya untuk lelaki malah filem ini berani memaparkan perempuan dan lelaki itu spesies yang sama sekali berlainan yang benci tetapi sayang antara satu sama lain di mana zaman ini milik wanita yang kecundangkan para lelakinya untuk mencapai kegemilangan.

Battlestar Gallactica: Razor ialah sebuah filem video tanpa banyak paparan Starbucks tetapi memberi konfesi 'terbesar' tentang Starbucks dan kita juga akhirnya tahu bagaimana rupanya Tuhan para Cylon.

Indiana Jones and the Crystal Skull ialah sebuah filem Spielberg yang main-main dan sudah kurang idea di mana segala mumbo jumbo The Mummy akan kita kenal dan kenang kembali lalu Raiders of the Lost Ark menjadi filem aksi-kinetik Speilberg paling baik kerana filem ini menyucuk thrill ride demi thrill ride yang terlalu yang aku rasa Temple of Doom lebih berimpak dalam rollercoasternya namun begitu Harrison Ford masih menarik dan dialognya mengancam.
Narnia: Prince Caspian ialah sebuah filem yang bagus dan seronok dan menghiburkan dan walaupun orang tak suka bahagian pertamanya tetapi aku tetap suka dan aku berfantasi bahawa aku ialah Edmond dalam filem agama ni.

Beranak Dalam Kubur ialah sebuah filem yang tersangatlah bodohnya yang dikeluarkan oleh penerbit filem Ayat-Ayat Cinta di mana kita sekarang sudah ada sekolah filem seram Indonesia yang biasa iaitu "alam angker bunuh satu demi satu" para remaja yang bodoh pergi kacau tempat hantu lalu mereka mati macam klise filem-filem slasher Hollywood terima kasih.

Ironman berjaya kerana Robert Downey Jr. dan skrip yang cantas dan pedas menjadi filem terbaik Summer ini.

09 May 2008

Tercungap Napasku(1961) di Pavilion 3pm Ahad




Aku akan ke Pavilion untuk menonton ini filem, Breathless (A BOUT DE SOUFFLE, tah hape pun maknanya ...), oleh sebab Nazim Masnawi p**** sangat sebab tak nak pinjamkan DVDnya, malah mendapat nasihat Saat supaya lebih baik layan felem ni di pawagam yang lebih puas menontonnya... (aku pernah tonton felem versi Hollywoodnya, lakonan Richard Gere yang sangat erotis sewaktu kecik yang aku tak faham seinci pun, tapi ada satu babak Richard Gere dan aweknya terkekeh-kekeh baca komik sambil paparkan gambar warna komik sungguh vibrant dan keremajaan).


Moh ikut aku, moh!

08 May 2008

Apresisasi Filem Haru Biru di Finas

fadz: aku tak boleh memandu jadi aku tak boleh pergi.

TAYANGAN, APRESIASI DAN DISKUSI FILEM TEMPATAN.
FILEM: HARU BIRU
TARIKH: sabtu 10 MEI 2008
MASA: 3.00PETANG
TEMPAT: PAWAGAM MINI P.RAMLEE FINAS, KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, HULU KELANG SELANGOR.

MODERATOR: UWEI BIN HAJISAARI

HADIR BERSAMA: SHADAN HASHIM (PENGARAH FILEM HARU BIRU)

PANEL LAIN:
1. ZARINA ABDULLAH (PENGARAH FILEM CHERMIN),
2. PROF DATIN DR ROZIE OMAR (PENGARAH ASIA EUROPE INSTITUT UNIVERSITY MALAYA)
3. BUDI HASMI (PENGKRITIK SENI)

SINOPSIS FILEM"HARU BIRU" (HAYWIRE)

Kid (QUE HAIDAR) seorang eksekutif muda, Ariyana (DYNAZ) seorang model, dan Dani (IJOY AZHARI) seorang fotografer bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani.Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (BETTY BANAFE), perempuan simpanan Big Daddy, yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana dia juga mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak-tanduk Kid, lantas memutuskan perhubungan mereka berdua. Kini Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid, malah Ariyana sendiri.Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa juga membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah itu. Abang Kecik (EMAN MANAN), orang paling kanan Big Daddy mula menjejaki mereka. Keadaan semakin genting apabila tindakan-tindakan mereka menjadi haru biru dan di luar kawalan.

INFORMASI FILEM.

QUE HAIDAR, DYNAZ, EMAN MANAN, BETTY BANAFE, IJOY AZHARI, TAHUN: 2007 DURASI: 90 MINIT FORMAT: FILEM 35MM TERBITAN: PENGEDARAN J.A.S SDN BHD PENERBIT EKSEKUTIF: RAJA AZMI JALANI PENERBIT: AMIR YUSOFF/ADLIN AMAN RAMLIE PENGARAH: SHADAN HASHIM PENULIS SKRIP: ADLIN AMAN RAMLIE PENGARAH FOTOGRAFI: AZMAN RAZALI EDITOR: SHADAN HASHIM PENGARAH SENI: TED ADZELAN PEREKA BUNYI: JOHAN JOHN MUZIK: ROSLAN AZIZ

05 May 2008

Apa Filem Yang Ku Patut Beli?

Aku tengah kemaruk beli DVD dari Amazon.com. Adalah beberapa DVD yang impresif yang aku dapat:

War & Peace (versi Rusia)
Return to Oz
The Kenneth Anger Films vol. 2 (ada Scorpio Rising)
The English Patient
The Day The Earth Stood Still

Errr, pada pendapat koranglah, apa lagi DVD yang aku patut tonton (yang susah dan memang tak ada di Malaysia tapi ada dalam Amazon).