Nota-nota kecil:
1. Terima kasih kepada Encik Shamsul daripada TNS kerana sudi menjemput saya menonton filem ini. Terima kasih kepada Maihida kerana sanggup memandu.
2. Selepas menonton filem ini, saya mula membuka novel ini yang sudah lama terperap di rak buku. Maaf Faisal, novel anda terpaksa tunggu giliran lagi kerana saya sudah kena PENANGAN filem ini.
3. Saya jatuh cinta dengan watak Rianti Cartwright sebagai Aisha dalam filem ini. Ya, saya mahu mencari isteri seperti Aisha. Aisha ialah sebaik-baik wanita Islam yang pernah ditayangkan di skrin. Tokoh-tokoh wanita Yasmin Ahmad pun kalah walaupun realitinya lebih persis. Aisha ialah idola wanita buat saya, walaupun berbentuk karikatur.
4. Ya, filem ini akan meledak di pawagam. Filem ini sekuat Titanic.
Hanya satu quote yang boleh merumuskan filem Hanung Bramantyo ini:
"Filem Ayat-ayat Cinta ialah sebuah Titanic buat Indonesia."
Ya, saya menyukai filem ini. Pertama kali dalam hidup saya, saya mengaku, ada sebuah filem yang 'mengajar'. Ayat-ayat Cinta ialah sebuah contoh yang baik, yang saya kira ia tidak boleh berlaku, dan ia sudahpun berlaku. Apa yang ia ajar? Maria (lakonan baik Carissa Puteri) menyimpulkan dalam sebuah dialog: "Menyintai dan memiliki itu adalah dua perkara yang sangat berbeza." Ya, filem ini berjaya membuatkan saya menangis hebat tiga kali.
1. Terima kasih kepada Encik Shamsul daripada TNS kerana sudi menjemput saya menonton filem ini. Terima kasih kepada Maihida kerana sanggup memandu.
2. Selepas menonton filem ini, saya mula membuka novel ini yang sudah lama terperap di rak buku. Maaf Faisal, novel anda terpaksa tunggu giliran lagi kerana saya sudah kena PENANGAN filem ini.
3. Saya jatuh cinta dengan watak Rianti Cartwright sebagai Aisha dalam filem ini. Ya, saya mahu mencari isteri seperti Aisha. Aisha ialah sebaik-baik wanita Islam yang pernah ditayangkan di skrin. Tokoh-tokoh wanita Yasmin Ahmad pun kalah walaupun realitinya lebih persis. Aisha ialah idola wanita buat saya, walaupun berbentuk karikatur.
4. Ya, filem ini akan meledak di pawagam. Filem ini sekuat Titanic.
Hanya satu quote yang boleh merumuskan filem Hanung Bramantyo ini:
"Filem Ayat-ayat Cinta ialah sebuah Titanic buat Indonesia."
Ya, saya menyukai filem ini. Pertama kali dalam hidup saya, saya mengaku, ada sebuah filem yang 'mengajar'. Ayat-ayat Cinta ialah sebuah contoh yang baik, yang saya kira ia tidak boleh berlaku, dan ia sudahpun berlaku. Apa yang ia ajar? Maria (lakonan baik Carissa Puteri) menyimpulkan dalam sebuah dialog: "Menyintai dan memiliki itu adalah dua perkara yang sangat berbeza." Ya, filem ini berjaya membuatkan saya menangis hebat tiga kali.
Seperti mana komersial dan senangnya manipulasi emotif yang dilakukan oleh Titanic(1997), sebegitulah yang berlaku terhadap emosi saya dalam filem ini.Pada mulanya saya memang pesimis akan novel serta filem ini. Adik saya yang menguja saya, mengatakan filemnya mungkin bukan filem yang 100% baik tetapi memang wajib ditonton, lebih-lebih lagi buat anak-anak kota yang dahaga seks luar nikah dan sudah tidak kenal akan adab dan tingkah laku baik. Saya mengejek adik saya, mengatakan, "Mana ada dalam dunia ni sebuah filem yang mengajar ..." Baik, mungkin filem ini tidak mungkin dapat merubah tingkah laku penontonnya, tetapi sekurang-kurangnya 'adab' yang dipaparkan benar-benar membuka mata sesiapa yang menontonnya, kerana ia disampaikan dengan sangat halus. Beginilah kalau mahu membikin sebuah filem agama/dakwah dan beginilah kalau mahu menulis novel agama/dakwah.
Ada dua perkara yang saya tidak suka akan filem ini:
1. Meletakkan cogan "Daripada novel bestseller ..." adalah promosi murahan (mungkin kena dengan kekampungan penonton Indonesia dan Malaysia, tetapi bukan orang luar), dan sedikit sebanyak satu paparan angkuh. Malah, saya begitu pesimis dan 'menyampah' kerana paparan cogan ini pada awal kredit filem. Semacam ia terlalu mengaku, benar, filem ini begitu bagus, kami meletakkan cogan ini.
2. Saya benci dengan runut bunyi filem ini. Sangat synthesizer, sangat organ. Sintetik dan kadang-kadang keterlaluan. Memang patut ada orang yang melabel filem ini semacam sebuah filem hindustan. Antara kelemahan filem ini.
2. Saya benci dengan runut bunyi filem ini. Sangat synthesizer, sangat organ. Sintetik dan kadang-kadang keterlaluan. Memang patut ada orang yang melabel filem ini semacam sebuah filem hindustan. Antara kelemahan filem ini.
Sebenarnya, kekuatan filem ini terletak pada dua perkara: novel Habib Shirazy dan adaptasi kukuh Ginatri S. Noer, Salman Aristo dan Hanung sendiri. Filem-filem adaptasi perlu mempunyai satu misi: bagaimana mengambil intipati atau roh sebuah novel dan melancarkannya di dalam bentuk imej dan suara, lalu dengan imej dan suara itu dapat menarik para penonton untuk membaca novel yang difilemkan itu. Misi ini dicapai oleh Hanung Bramantyo.
Sebenarnya, secara pengarahan, filem ini senang mengambil jalan 'Hallmark/Walt Disney' dalam menggerakkan cerita dan kadang-kala, lebih-lebih lagi pada awal filem ini, ia sedikit kelam-kabut dalam melakukan 'establishing characters' (atau pembinaan wataknya tidak 'real' dan tampak satu sisi. Sebenarnya jika kita tonton Titanic atau Pearl Habour, penggayaan ini sama). Malah saya merasai ada formulaik Yusof Haslam sedikit pada awal filem (dengan dialog satu-satu dan pelukisan watak yang sangat satu sisi. Cara Hanung memperkenalkan empat watak wanita yang akan 'menyentuh' watak pelajar Al-Azhar, Fahri itu sangat dangkal dan kelihatan satu sisi). Malah, bicara Indonesia bercampur Arab Mesir sedikit susah untuk diterima pada awalnya (seorang Arab tiba-tiba boleh bertutur Indonesia). Ada beberapa 'perkara senang' yang diambil oleh Hanung, seperti sekejap benar Maria 'baik dari sakit dipresi' (sangat hindustan)serta kerusi roda dan jururawat yang tiba-tiba 'ada' sewaktu di laman hospital. Tetapi, setelah kita masuk ke pertengahan cerita (sewaktu Fahri berkahwin), filem ini mula bergerak laju, dengan impak dan seru yang mengikat penonton, dan baharulah ceritanya mula tampak 'interesting'.
Filem ini terpecah kepada tiga bahagian "turning point" sebenarnya, perkenalan Fahri dan 4 wanita, Fahri di mahkamah dan akhirnya pemilihan 'ikhlas' Fahri. Dalam tiga bahagian ini, bahagian kedua ialah kekuatan sebenar filem ini dan yang benar-benar menggerakkan cerita ini untuk diikuti watak-wataknya oleh penonton. Malah 'mesej' yang ingin disampaikan, disampaikan dengan baik pada bahagian kedua. Malah filem ini menjadi sebuah filem "that matters" pada bahagian kedua filem ini. Ini adalah kerana, waktu itulah Hanung mula 'menyiksa' watak-wataknya. Walaupun dikira tampak 'hindustan', penyampai wataknya menampakkan kesungguhan, kita 'menerima' kesungguhan watak-watak itu. Pembinaan 'seksa' yang dibuat oleh Hanung bergerak perlahan (mula-mulanya tentang cinta) dan kemudian bergerak dengan impak-impak yang mengejutkan, sangat besar isunya, baik dari segi agama, budaya, dan undang-undang Mesir. Sebenarnya, pergelutan 'isu' ini yang berjaya disampaikan dengan baik adalah kerana kehebatan penulis novel ini 'menyusun cerita' seakan-akan sebuah novel saspens yang setaraf Jeffery Archer. Maka, setiap 'gelut' dan seksa, terutamanya Fahri dan Aisha, sangat dirasakan. Tetapi apa yang mengejutkan, Hanung (atau Habiburahman) tidak menghentikan seksanya di situ sahaja, Hanung membuka sebuah lagi "turning point". Di bahagian ketiga inilah, membuatkan segalanya yang ada dalam Ayat-ayat Cinta ini 'matters', malah, penggayaan Hollywood-Hindustan yang dimulakan pada awal dua bahagian ini di'cantas' dengan baik pada bahagian ketiga, menjadikan filem ini sebuah filem berestetika (walaupun estetik ini lebih kepada struktur penceritaan dan bukan bentuk layarnya, warnanya dan rasanya), ber'roh' dan berjaya menyampaikan mesej dakwah tasawufnya tentang cinta sebenar.
Selalunya dalam sebuah filem, saya benci benar dengan babak 'seks' yang diselindung. Contoh terbaik ialah filem Panas lakonan Eizlan Yusof. Saya selalu percaya bahawa jika filem itu tentang seks, ia perlu dipaparkan kejujuran aksi seks itu, kerana ianya berfungsi pada cerita (sepertimana kekuatan erotis Last Tango in Paris). Di dalam Ayat-ayat Cinta, terdapat sebuah babak sewaktu Fahri berkahwin dan pada malam pertama akan menyentuh isterinya. Perasaan 'tidak menentu' dan 'menunggu' yang diselindung berjaya dipaparkan, malah babak 'selindung' dan 'malu' itu 'appropriate', walaupun ia kelihatan agak berani buat tontonan orang Iran. Inilah pertama kalinya saya menonton babak-babak 'selindung seks' yang kena pada cerita dan keseluruhan layar filemnya.
Kenapa saya katakan ia berjaya? Kerana Hanung tidak memulakan 'penutupan beradab' itu pada bahagian itu sahaja. Hanung memulakan dengan memperkenalkan watak Aisha yang berjilbab, maka matanya yang menyengat adalah misterius yang ingin dibuka oleh Fahri (juga penonton). Ada sebuah babak yang sangat baik mendefinasikan perkara ini.Pada mulanya, sewaktu Fahri akan diperkenalkan dengan Aisha sebagai isteri, Aisha akan membuka wajahnya sebagai 'simbol' kepemilikan buat Fahri. Pada babak ini, Hanung dengan 'witty' telah melindungi penonton daripada melihat wajah Aisha bila jilbabnya dibuka. Hanya Fahri sahaja yang terbungkam dan terpesona (kita ditahan daripada merasai apa yang Fahri merasai, maka kita membuak perasaan antisipasi). Perasaan 'terpesona' inilah yang ditunggu-tunggu dengan berdebar oleh penonton, lebih-lebih lagi Fahri mengutarakan kepada kawannya bahawa dia telah 'bertemu' dengan pasangannya. Pada malam pertama itulah, Fahri (dan penonton) diberi peluang melihat wajah Aisha sepenuhnya. Di sinilah kekuatan Hanung yang kedua. Hanung menggambarkan bahawa Aisha, walaupun cantik, adalah 'biasa'. Hanung juga meminimalkan perwatakan Aisha. Aisha masih 'misterius' kepada kita, masih samar-samar seperti wajah tutupnya, malah kadang-kala sebuah watak yang 'one note'. Hanya apabila Aisha dan Fahri terpaksa melibatkan dalam mahkamah (bahagian kedua), kita mula mengenali sedikit demi sedikit perwatakan Aisha. Di sinilah kepandaian Hanung dan penulis skrip berlaku. Peguam Fahri menyoal Aisha: "Adakah anda benar-benar kenal akan suamimu?" Aisha sememangnya tidak. Sebenarnya Aisha ditutup dari mengenali BAHAGIAN PERTAMA filem ini tentang Fahri sepertimana kita ditutup dengan budi sebenar Aisha yang akan berlaku pada BAHAGIAN KEDUA. Penonton mula simpati dengan Aisha, mula mengenali Aisha dalam perjalanan Aisha mengenal suaminya. Waktu ini, pembukaan wajah Aisha di balik jilbab, yang pada mulanya 'biasa' buat kita, membina kepada satu perasaan 'cinta' yang tiada selindung lagi terhadap Aisha. Inilah kecantikan Ayat-ayat Cinta.
Selepas itu, miracle demi berlaku dalam Ayat-ayat Cinta. Malah, kata-kata 'monyet' Maria yang kita tidak berapa 'berantisipasi' pada mulanya bila Maria memanggil Fahri 'Mesir'nya mula melanjutkan satu kekuatan. Ini berlaku sewaktu Maria, dalam kalbu merahnya memerhati piramid dari jauh di tingkap hospital. Di sini sahaja, kunci yang kita faham, cinta agung 'Fahri' yang ingin dimilikinya terlalu agung, ia tidak tercapai olehnya.
Rata-ratanya, lakonan dalam filem ini baik dan ada yang tidak begitu baik. Tetapi kedatangan wajah baru seperti Riantri Cartwright dan Carissa Puteri mengujakan. Lebih-lebih lagi Riantri. Watak Aisha sangat susah untuk dilakonkan kerana kita banyak mengenali Aisha di balik lirikan matanya. Tetapi Riantri memaparkan betapa manusianya Aisha di balik selindungnya itu. Malah, ada sebuah babak, sewaktu Aisha sedang solat, kita dapat lihat Aisha 'menggeletar' kerana berserah kepada tuhannya dengan amat sangat. Isi hati Aisha digambarkan dengan sangat baik oleh Riantri dalma babak-babak akhir ini. Carissa juga sebuah 'miracle' dalam Ayat-Ayat Cinta. Watak Maria yang dilakonkannya sangat hidup. Kejenggelan dan keinginan 'sangat' Maria pada awalnya telah berjaya dileburkannya. Sememangnya Carissa ialah seorang pelakon yang boleh bergerak daripada sebuah seorang watak teraju filem chic lit kepada sebuah drama yang berat. Fedi Nurul juga baik, walaupun saya tidak mampu melupakan perangai 'rock star'nya dalam beberapa filem sebelum ini. Mungkin Habiburrahman melakarkan Fahri yang lebih tenang dan menurut. Fedi melakarnya dengan sedikit 'lurus' dan kadang-kala jengkel kerana perwatakan 'blur'nya. Tetapi Fedi berjaya membawa kelurusannya ke tahap seorang 'manusia' dan bukan sebenar-benarnya seorang murid Al-Azhar, yang banyak menolong penonton 'terikat' dengan masalahnya daripada melakarkan watak manusia agama yang selalunya 'cold' seperti yang dilakukan dalam Syukur 21 dan beberapa filem Iran yang lain.
Rata-ratanya, lakonan dalam filem ini baik dan ada yang tidak begitu baik. Tetapi kedatangan wajah baru seperti Riantri Cartwright dan Carissa Puteri mengujakan. Lebih-lebih lagi Riantri. Watak Aisha sangat susah untuk dilakonkan kerana kita banyak mengenali Aisha di balik lirikan matanya. Tetapi Riantri memaparkan betapa manusianya Aisha di balik selindungnya itu. Malah, ada sebuah babak, sewaktu Aisha sedang solat, kita dapat lihat Aisha 'menggeletar' kerana berserah kepada tuhannya dengan amat sangat. Isi hati Aisha digambarkan dengan sangat baik oleh Riantri dalma babak-babak akhir ini. Carissa juga sebuah 'miracle' dalam Ayat-Ayat Cinta. Watak Maria yang dilakonkannya sangat hidup. Kejenggelan dan keinginan 'sangat' Maria pada awalnya telah berjaya dileburkannya. Sememangnya Carissa ialah seorang pelakon yang boleh bergerak daripada sebuah seorang watak teraju filem chic lit kepada sebuah drama yang berat. Fedi Nurul juga baik, walaupun saya tidak mampu melupakan perangai 'rock star'nya dalam beberapa filem sebelum ini. Mungkin Habiburrahman melakarkan Fahri yang lebih tenang dan menurut. Fedi melakarnya dengan sedikit 'lurus' dan kadang-kala jengkel kerana perwatakan 'blur'nya. Tetapi Fedi berjaya membawa kelurusannya ke tahap seorang 'manusia' dan bukan sebenar-benarnya seorang murid Al-Azhar, yang banyak menolong penonton 'terikat' dengan masalahnya daripada melakarkan watak manusia agama yang selalunya 'cold' seperti yang dilakukan dalam Syukur 21 dan beberapa filem Iran yang lain.
Ayat-ayat Cinta sebuah filem yang memang patut ditonton walaupun sekali. Isu-isu menarik seperti poligini, adab sesama manusia, dan adab perkahwinan (saya suka dengan idea seorang miskin yang boleh mengahwini seorang kaya tanpa memberi hantaran yang tinggi. Ini ialah satu tamparan buat budaya Melayu kita yang mengada-ngada bila melihat taraf pendidikan dan status [saya ada banyak contoh], yang sering berlaku terhadap kami kaum lelaki yang terpaksa keluarkan hantaran yang terlalu tinggi kepada para wanitanya. Nampaknya, saya perlu ke Mesir untuk cari seorang isteri, atau Patani) sangat membuka minda. Juga beberapa budaya 'multi kultur' yang disuntik dalam filem ini secara senyap (dengar apa yang dijawab oleh Fahri bila diberi salam oleh seorang bukan Islam). Sebuah filem komerisial yang boleh sahaja menyengat para penonton yang terbiasa menonton filem berat.
18 comments:
filem AAC masuk malaysia ker?
filem ni ok not bad. tpi kadang2 mcm hindustan sket. tp tak semestinya tak bagus kalau mcm hindustan. but overall ni arahan terbaik hanung better drp, brownies, get married, jomblo. art direction first class, filem malaysia kene malu bab ni, lakonan pon first class. nmpknya indonesia mmg nak go international!
semua kene tengok filem ni tak kesah la kau yasmin ahmad atau u-wei skalipon razak. belajar something drp filem ni.
aku pun kena tengok?
-Razak
anon, yeap, masuk, minggu depan..
pijan, yeap betul, filem ni utk 'masses', macam Titanic, senang dijenguk, komersial, mengesankan.
Razak, yeap, lagi2 kau yg nak kain lagi satu.
ramai yang kata filem ni 'down' sebab tak sekuat novelnya. aku rasa antara sebabnya adalah publisiti awal yang keterlaluan terutamanya di indonesia.
aku dengar ramai kat indonesia yang kecewa sebab diorang dah pun baca novel ni sebelum tgk filem, menyebabkan penonton banyak buat compare filem ni dengan novel asalnya. ramai yg tak puas hati sebab cara filem ni diselesaikan terlalu cepat jika dibandingkan dengan plot yang slow dlm novel (mmg patut pon, kecuali klu filem ni memakan masa 2 hari, haha). aku pon tak pasti maksud diorang tu. tp ini turut diakui oleh kang abik (Habiburrahman) sendiri bila aku jumpa die dalam satu seminar kat mesir ni.
satu lagi, kalau bg sesiapa yang pernah ke mesir atau belajar kat sini, pasti ada rasa skit janggal. pertama, bahasa arab pasar (ammi) yang digunakan telah menyebabkan aku dan kwn2 lain sedikit tergelak sebab longat arab maria tu mmg nampak janggal. mmg si Carissa Puteri tu nampak sgt baru belajar, sebab belum terkesan lagi dengan teknik sebutan b.arab yang betul.
yg kedua, janggal sbb persekitaran yg berbeza. aku rasa krew AAC pun sgt kecewa sbb penggambaran tu tak dpt dibuat dengan sempurna kat mesir. mgkn prosedure kat mesir agak leceh dan ssh nk berurusan. dengar cite, kebanyakan scene dlm filem ni dibuat di india dan indonesia.
mybe tu semua tak nampak sbg masalah besar sebab penonton telah dibawa dengan keasyikkannya.
terkejut sbb ko menangis fadz, haha...
salam ishaq, ya, itu perkara2 kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan AAC. Buat keseluruhan, AAC buat saya sudah begitu boleh menarik para penonton yang tidak 'peduli' dengan novelnya mahu mengenali novelnya. Itu yang pokok. Mengikut 'keseluruhan' buku dan tak mengikut itu masih subjektif. Contohnya, filem Narnia yang pertama itu 'terlalu' mengikut novelnya, ia telah menyebabkan kebosanan terhadap penonton, lain pula LOTR atau JAWS yang diubah2 daripada novel, ramai merasakan 'ia cukup serba-serbi'. Buat orang yang jahil seperti saya dalam Arab (walaupun pada mulanya memang kekok mendengar ekstra2 Arab bertutur dalam bahasa Indonesia, tetapi kalau diikut sangat, Around the World in 80 Days sebuah filem mengarut dibandingkan dengan AAC kerana semua org boleh berbahasa Inggeris), memang tidak akan nampak masalah ini. Ya, 'setting' Mesirnya tampak sedikit 'terlalu' (kita tahu ia semacam 'staged') tetapi kerana pergerakan cerita yang teratur, kita tidak terlalu perlu melihat perkara2 kecil sebegitu. Yang penting, AAC ada jiwa, jauh melepasi Syukur 21, itu yang penting sebagai sebuah filem 'berdakwah'.
so, mana yang direkomenkan:
baca buku dulu, then watch the movie?
OR
movie, then baca buku?
saya rekomenkan tonton filemnya dahulu, dan kemudian baca bukunya.
Mula2 dulu aku pun macam kecewa gak bila kawan2 aku kat Jakarta kata filem dia tak sebagus novel. Tapi bukan bermaksud filem AAC tak bagus. Aku syorkan korang baca blog pegarah filem AAC ni, Hanung Bramantyo (walaupun aku sgt kecewa dengan cara dia melayan wartawan kita sewaktu preview AAC di KLCC last week, d way he treats reporter, if he thinks d film can b marketed here then dont waste our time)
http://hanungbramantyo.multiply.com/journal/item/8/KISAH_DI_BALIK_LAYAR_AAC_I
Sharm
filem AAC sudah ditengok 3,8 juta orang di indonesia. wow fantastic!
tonton filem dulu baru novel sebab memang filem takkan dapat mencapai kehebatan setiap novel. mau makan 2 hari (bak kata ishaq..hehe..tak sabar aku nak tunggu filem ni meletop dipawagam dan tengok reaksi 'orang-orang kota' dan 'budak-budak muda' pasal filem ni :)
Sharm, aku tak peduli fasal keperibadian pengarah filemnya (yang aku tahu para wartawan di sini memang akan bengang dan mungkin akan buat COLD kerana perangai pengarahnya) tetapi apa hasil kerjanya, dan buat aku, setakat apa yg dia buat, impresif.
anon, oh ye ke?
motstudio, teman sokong 100%
Wei...Abang tak guna!! dulu kutuk citer ni...tak nak baca lah apa lah ...what ever lah!!! NOW?? hahaha..told you!! btw ada byk yang i nak citer bout this movie...tapi nanti kalau balik laa...i malas nak type...no time....btw, buku dia betul-betul merubah diri i...semoga Allah tetap membuat diri i istiqamah seperti ini...amin...
errr tumpang tanya,mungkin aku jahil tapi...sah ke kahwin dengan orang yg tengah koma(dlm keadaan tidak sedar)?
part tu aku pening.
pasal filem tu sendiri...aku tak larat nak tonton sampai habis.:P
maria tak koma, dia dlm keadaan 'murung' atau depresi, dua perkara berbeza. (sebenarnya habib ambil daripada cerita2 lama bila puteri gering dan perlu rawatan utk sembuh, mereka bukan 'pengsan', tapi gering kerana asyik mahsyuk menanggung rindu, baca hikayat2 lama.)
apa2pun, kau boleh tanya org yg lebih arif iaitu adik aku akitiano kat atas tu, dia yg syorkan aku tonton dan baca bukunya..
pasal filem tu sendiri, aku dah agak, sebab elemen hindustannya aku tau kau tak tahan, but for me, fuuuhhh, it works man, lagi2 the second part..
akitiano, wa tak nak sebab wa tahu wa akan nangis, and i did u scumbag!! A*******!! lu punya fasallah! but its not really a perfect movie per se, oklah, emotinally mellowness manipulation, but better than Love. The soundtrack is bad.
filem nie akan ditayangkan 16 juni 2008 di seluruh pawagam malaysia
yezza! scene Fahri-Aisha nak bromen mlm pertama tuh sgt Titanic dlm kereta kuda tuh kan!.. stim tapi coverline katanyaaa! huhu!
*ulasan kau best!
Post a Comment