Adik aku, budak pesanteren dari Suroboyo balik minggu lepas (ya, aku lagi banyak dosa dari dia, siap hasut dan ajak tonton filem lagi!) Dia ajak aku join satu majlis agama ceramah yang mula-mulanya di UIA (hari Jumaat aku kerja, tu lah, tak ajak awal-awal lagi), dan kemudiannya Sabtu di Masjid Wilayah. Kedua-duanya aku tak pergi (memang menyesal). Aku menyesal sebab yang memberi ceramah (walaupun dalam Arab, diterjemahkan) ialah seorang syeikh dari Hadramaut yang hebat berbalaghah (ilmu estetika bahasa sastera dan pembahasaan Arab), Maulana Habib Umar. Rata-rata, Habib Umar ingin membawa 'pembukaan mata' terhadap para pelajar/awam tentang tradisi ahl Sunnah wa Jamaah di hadapan penentangan Wahabi, gaya Khawarij sensasi terkini anda abad ini.
Di situ, adik aku beli sebuah VCD "Dialog Wahabi" yang tertera "dengan izin wahabi", satu dialog (debat) antara seorang ustaz ahl Sunnah wa Jamaah, Ustaz Usman Muhammadi dengan 10-20 ahli Wahabi yang pandai (pandai kerana setiap kali mereka mula 'mempersoal', mereka guna taktik "Saya yang baru belajar ni..."). Secara serius, bila aku dan adik aku tonton, Ya Rabbi, memang sakit hati dengat bagaimana ahli panel Wahabi tu bantai dan bantai Ustaz Usman Muhammadi dengan soalan-soalan yang rata-ratanya, kalau dipersoal pada seorang ulamak yang ahli (pakar) dengan usul fiqh, sejarah pengilmuan aqidah dan sejarah mazhab dalam Islam, tentu dalam menangani segala persoalan 'ruang kelabu' para Wahabi itu. No wonderlah VCD RM20 tu tertera "dengan izin wahabi".
Aku yang jahil agama ni pun tahu, secara logik kenapa ajaran Wahabi ni tak boleh diikut. Ada dua perkara yang aku 'belajar' daripada menonton dialog tu yang menguatkan aku lagi untuk mempertahankan pembacaan tahlil/Yasin malam Jumaat/talkin/Marhaban/Selawat/Meminta Syafaat Rasulullah s.a.w. :
1. Persoalan panel Wahabi itu senantiasa membawa ke hadapan tentang asas atau sumber utama. Maka mereka mempersoalkan 4 mazhab malah buat mereka, mazhab tidak perlu ada dan perlunya satu 'unifikasi' (mereka membuktikan kerana ini, Islam kononnya 'berpecah-belah'). Kalau aku selidik ASAS SEJARAH kemunculan Muhammad Abdul Wahab (pengasas Wahabi) di mana beliau berserta keluarga Saud (sebelum menjadi Raja) telah pergi menyerang setiap kampung/daerah sehingga sampai ke Madinah/Mekkah, lalu memaksa orang kampung untuk mengikuti ajaran mereka dan jika tidak, mereka dibunuh atau terpaksa melarikan diri (jika selidik sejarah Melayu pertengahan, zaman ini adalah zaman kebanyakan keturunan Arab dari Arab Saudi yang turun ke Nusantara menjadi peniaga/guru. Kebanyakan daripada mereka menggunakan gelar "Al", "Said", "Syed", "Syarifah", "Habib" dll. Sehingga sekarang keturunan ini banyak di Nusantara, mereka adalah diaspora sewaktu revolusi Wahabi ini berlaku sebelum masuk campur tentera Turki Uthmaniyah). Ini satu sikap yang sama seperti golongan Khawarij yang 'mengkafirkan' orang Islam yang tidak mengikut semangat mereka pada awal zaman Khalifah Rasyidin (yang kini sudah tidak ada). Pandangan aku hanya satu: Baiklah aku mengikut apa yang diajar oleh Mazhab Syafie aku (dengan bentuk konsep dan sistemnya yang berkembang dan bukan seperti yang dicanangkan oleh panel Wahabi sebagai berhenti hanya pada Imam Syafie) atau mazhab yang tiga lain, di mana 4 mazhab ini hormat-menghormati antara satu sama lain (jika ada berlakunya pergusaran dalam sejarah Islam, ia bukannya kerana fiqhnya, aqidahnya, tetapi politik, kuasa dan hasad pegawai kerajaan itu sendiri), malah di Mekkah waktu itu, di bina empat 'maqam' untuk mewakili empat mazhab terbesar ini di Kaabah sebelum kedatangan Kerajaan Saudi. Kedatangan Wahabi adalah dengan darah dan ugutan 'Kafir', seperti golongan Khawarij. Bagaimana 'betul' pun konsep yang para Wahabi, hati aku tidak tertarik dengan jenis ikutan drakonian dan pedang sebegini. Golongan Syiah pun (yang bermula dengan desakan politik sebelum terjerumus kepada pemberian keramat kepada ahl Hassan dan Hussain) lagi 'lembut' jika mahu dibandingkan dengan Wahabi (rujuk blog faisal Tehrani). Pada Karbala, Puteri Hussein mati dengan terhormat (cara dibunuh tu satu perkara, yang aku katakan ini ialah cara Putera Hussein memberi dirinya sebagai korban), dan walaupun golongannya berkabung, mereka (pada awalnya) menghentak/mengutuk Yazid (kalau mengutuk pun, mereka tidak masukkan pendirian aqidah Yazid atau golongan Islam lain, tetapi lebih bersifat politik/pengaruh).
2. Jika Wahabi mengatakan, segala tahlil/talkin/syafaat ke atas Rasulullah s.a.w. itu bidaah, dan mengikut kata mereka, bidaah itu terus menjerumus golongan ini kepada kafir, lalu perlu bertaubat (maknanya jika tidak, kita ni sesat, masuk neraka). Pandangan aku hanya satu: Maknanya, apakah ibu ayah, nenek, datuk, moyang dan keturunan aku selama ini yang mengikut secara tradisi membaca tahlil dan segala ilmu fiqh/aqidah yang tradisi di alam Nusantara ini, yang diikuti oleh semua pesanteren lama di Jawa, diikut oleh anak tok cucu Wali Songo, diikut oleh anak tok cucu Tok Kenali, diikut oleh anak tok cucu Ahmad Fatani, semuanya masuk neraka? Aku tidak percaya itu.
Kadang-kala, walaupun kita jahil, kita perlu ada pendirian, walaupun orang kata kita tak betul...
4 comments:
nanti kena pinjam lah vcd tu. Btw, adik ko stay lama ke?
adik aku dah balik daaaaa... huhu, julai baru ada kot ..
betul, walaupun kita huha-huha, tapi prinsip kena ada dan tahu beb. Dah lama tak ambil tahu pasal isu wahabi ni, rupanya masih wujud lagi yer.
Dulu ada seorang penulis agama di utusan malaysia dikatakan memegang prinsip wahabi ni, tak tahulah sejauh mana kebenarannnya.
saya dgr, penulis mmg sengaja je begitu, jenis dapat ilmu dari buku, wallahu alam..
Post a Comment