04 February 2008

Lumba Oskar Bermula

Lantaklah pada wartawan barat atau tempatan yang kata, Academy Awards dah lunyai, dah mati, bagi aku, ini adalah antara 'highlight' dalam kalender aku tiap-tiap tahun (dan korang pun tahu tu) sampai aku tak peduli dan akan amik cuti untuk hari Isnin (walaupun mungkin deme tak jadi buat) semata-mata untuk tengok liputan langsungnya. Antara 'lumba filem' yang aku tunggu selain Golden Globes dan FFM (ya, aku sangat komersial dari segi festival-festival ni dan tak peduli sangat dengan Cannes, Berlin atau Venice tapi jenguk-jenguk jugalah, tapi tak segila Oscar).

Oskar dah lama bermula, aku saja yang terkapai-kapai nak menulis. Yang seronoknya, tak ada satu filem pun (kecuali mungkin Atonement) yang akan sampai ke layar KL, jadi macam biasa, nasib baik aku ada kawan-kawan yang simpan dvd filem lanun yang boleh ditonton. Setakat ini, ada dua buah filem yang aku dah tonton untuk perlumbaan memenangi filem terbaik, Juno(2007) dan No Country For Old Men(2007), kedua-duanya sangat baik. Kali ini juga, kebanyakan filem yang dinominasi jauh lebih baik dari segi pemilihan kategori, walaupun ada beberapa filem kegemaran aku yang tidak masuk ke dalam senarai (seperti Zodiac). Jika dilihat, hanya Micheal Clayton sahaja filem yang ditayangkan pada awal-pertengahan tahun yang dikira 'kuat' untuk diperdagangkan kepada penonton (kebanyakan filem yang dinominasi terletak pada hujung suku tahun 2007, supaya penjualan tiket mengikut semangat orang menunggu filem apa yang akan menang). Dan seperti tradisi, selalunya filem yang dipertaruhkan dahulu seperti Micheal Clayton ini (seperti The Departed, Crash, Gladiator, American Beauty) yang boleh menang (kerana ada tarikan penonton). Tetapi apa-apa boleh jadi dengan Oskar kerana termaktub, beberapa filem 'kecil' atau yang kelihatan tidak dipandang, tetapi kerana nominasi filem terbaiknya serta kekuatan penonton pada waktu tayangan di akhir tahun (seperti Million Dollar Baby) boleh memenangkan filem itu. Ini sedang berlaku terhadap filem Juno (mesti ada sebuah filem indie yang ditayangkan di Festival 'Robert Redford' Sundance itu yang masuk ke dalam senarai filem terbaik, yang selalunya 'audience gripping film' atau mempunyai tema ayang matang seperti Sideways, Little Miss Sunshine dll.), No Country For Old Men, Atonement dan There Will Be Blood. Teori Golden Globe (selalunya aku akan tengok kecenderungan antara dua buah filem yang memenangi filem drama terbaik atau filem muzikal/komedi terbaik) aku nampaknya untuk dua tahun ini (bermula 2006) sudah tidak boleh digunakan (walaupun senarai nominasinya dekat-dekat sama) kerana Golden Globe sudah mula dipermain-mainkan oleh pengundi (cenderung terhadap wartawan filem daripada kru di sebalik industri filem) dan mula mengurang jumlah pengundiannya. Maka, aku serius tak tahu filem mana akan menang. Nampak macam mungkin Micheal Clayton atau Atonement (kedua-duanya disenangi kritik dan penonton) tetapi Juno sebagai filem 'feel good' mempunyai kekuatan tersendiri, malah paling disenangi oleh penonton biasa. Tetapi No Country For Old Men, walaupun sangat gelap dan anti 'happy ending' turut mendapat tempat dengan para penonton dan pengkritik, malah dilihat sebagai filem terbaik tahun ini oleh beberapa pengkritik. There Will Be Blood pula mengulang kembali filem-filem epikal yang diingini Hollywood, dan melihat dari sambutannya, ia mungkin memberi kejutan terhadap filem-filem lain.

Buat aku, entah, entah kenapa aku pilih Atonement. Walaupun aku belum menontonnya. Entah, aku tak tahu, tapi aku rasa filem ini akan memberi aku kepuasan sebuah 'best picture' seperti mana-mana filem sebelum ini yang diberikan kepada sesebuah filem. Dan ini baru tengok gezetnya!




Juno(2007)


Sebuah filem yang seronok. Ramai akan membandingkan filem ini dengan Knocked Up! yang juga sebuah filem yang baik (tetapi lebih kurang ajar daripada filem ini). Filem ini seronok kerana susunan ceritanya lebih senang ditonton, lebih tersusun, walaupun aku tidak menidakkan kuasa Knocked Up. Sebenarnya, filem ini BIASA. Sangat biasa. Untuk awal dan pertengahan filem ini, ia semacam gula-gula strawberi yang sedap yang pernah anda rasa. Tetapi, selepas itu, di sinilah kekuatan Jason Reitman selaku pengarah. Selalunya, sebuah filem terlerai dengan satu mono nada yang tidak kena, boleh diagak, berleret-leret atau jauh melingkup penonton lalu penonton akan menjerit "hoi apa ni?" Tapi buat Juno, semana pun ia 'biasa' dalam setting luar biasanya (seorang anak dara sanggup nak anak tapi dia tak nak jaga anak tu dan nak bagi pada keluarga angkat yang sanggup dan nampak normal, tapi dia tak nak yang biasa, tapi akhirnya dia pilih yang berada, hah, macma tu lah!), ia mempunyai satu roh yang sungguh enak, bukan sahaja daripada perwatakan yang ditampilkan oleh pelakon-pelakonnya (Ellen Page ialah Jodie Foster baru aku!) tetapi ritma filem yang dipersembahkan sungguh kena, kita akan terkuit-kuit melompat atau seronok dengan 'outcome' yang menunggu. Contohnya ialah penyeleraian adegan antara Juno berserta keluarga angkatnya apabila Juno mendapati bapa angkat bayinya melakukan satu pilihan yang drastik, dan ini berlaku sewaktu Juno betul-betul di dalam fasa paling tertekannya. Klasik! Babak Tic Tac tu walaupun dah boleh agak dan sangat budak-budak, masih boleh buat aku tersengih dan meleoncat suka.



No Country For Old Men (2007)


Ini sebuah filem yang sangat gelap, lebih gelap daripada Sweeney Todd, aku tak percaya adik-beradik Coen berani melakukannya. Filem ini buat aku ada tiga makna (walaupun kalau sudah baca rebiu dan forum dalam imdb, anda akan dapat tangkap bahawa filem ini sebenar-benarnya satu suara kemanusian tentang dunia yang sudah tidak manusia lagi dan kematian sebenarnya, adalah perkara yang lebih baik daripada hidup, dan satu lagi, iaitu nilai moral dalam melakukan satu perkara, baik, buruk atau jahat dan mereka yang akan kita libatkan kerana pemilihan itu, dan akhirnya, nilai kejahatan manusia itu dan sejauh mana ia boleh pergi) di sebalik sebuah filem cat and mouse tentang seorang lelaki bernama Moss (aku suka lakonan mamat ni, tersimpan dan kuat, dan penuh aksi, aku teringat akan watak-watak Hitchcock yang cuba 'melarikan diri' seperti watak ini) yang merampas dua juta dolar dalam satu bisnes dadah, lalu dikejar oleh 'Iblis' (lihat penanda ini dalam mana-mana filem Coen, dan Iblis dalma filem ini yang paling menakutkan dalam lawaknya yang serius yang suave) lalu seorang Sheriff bernama Bell (lakonan kuat Tommy Lee Jones, kekuatannya terletak pada monolognya, yang melimpahkan satu dunia yang dia kenal tidak akan kunjung tiba lagi, dan setengah daripadanya kita merasakan seakan-akan dia sudah nyanyuk dan 'tinggal'kan dunia ini) mengejar Moss sebelum ditangkap oleh 'Iblis'. Perkara pertama yang aku baca ialah, filem ini sebenarnya tentang antisipasi dalam filem dan bagaimana manipulatifnya ia bermain dengan minda kita. Coen sengaja memaparkan situasi melebihi aksi, atau kejadian melebih punca. Di sini, Bell mempunyai fungsi untuk 'mengutip balik', seperti seorang sejawaran atau ahli falsafah terhadap 'keburukan' manusia yang diperlihatkannya. Cantiknya di sini, Bell sedar akan 'kerosakan' manusiawi ini seperti mana dia sedar akan satu medan perang yang hodoh, tetapi Bell, walaupun semahunya mencari 'makna' dan erti, akhirnya sedar ia tidak boleh melangkau rancangan 'dajal' manusia yang dilihatnya. Dalam keadaan manipulasi ini, Coen membawa kita watak Moss, di mana kita ingin Moss 'berjaya', walaupun keinginannya tidak elok (mencuri) hanya kerana beliau mempunyai perasaan (dia balik untuk beri air kepada seorang lelaki di tengah padang pasir). Malah secara 'wit', keseronokan Moss melampaui bahaya adalah sindiran adik-beradik Coen terhadap kita yang menginginkan 'hiburan' dalam bahaya, memaparkan manusia memang mahukan nahas dan mencari nahas itu- secara alegori, mencari alasab untuk BERPERANG kerana itu menyeronokkan. Tanggapan ini lebih kuat daripada Cloverfield kerana di sini, manusia itu sendiri 'melakukan' pilihan cari nahas itu. Kita mensanggupi untuk watak Moss sebagai 'hero' atau 'accidental hero' dan mahu Moss tumpaskan 'Iblis'. Di sinilah kontreversi Coen (walaupun sudah dilakukan oleh pengarah lain) apabila mewarnakan sebuah watak jahat (yang bagi aku, watak paling logik dalam filem ini) yang memaparkan 'invicibility'nya terhadap kemusnahan (ia juga boleh sakit sebenarnya). Sebenarnya watak 'Iblis' ini tidaklah jahat dari segi melanggar ketentuan moral Tuhan, tetapi menjadi 'instrument of God' dalam hukuman manusiawi dalam undang-undang fungsi yang manusia ambil dalam penghidupan. Maknanya di sini, secara 'subtle', pengisian dalam manusia yang menyebabkan 'iblis' ini mencabut nyawa anda, baik jika anda mempunyai alamiah kerja yang berbahaya atau anda sendiri yang mencari bahaya. Di sinilah 'pengajian' yang dibuat Coen, walaupun betapa seksa untuk dilihat, memperlihatkan kebenarannya akan nilai hitam dalma manusia yang 'jahat' dan melakukan apa-apa sahaja untuk survival dan kemenangan. Dan inilah sebenarnya kekuatan filem Coen tahun ini.

5 comments:

maberik said...

aku pun sebelum tengok atonement dah terbayang ia mungkin jadi satu filem yg menakjubkan dan layak digelar Best Picture. tapi, alahai, bila dah tgk kecewa jugak la. mungkin aku yang tak dapat faham apa yg 'istimewanya'.

fadz said...

hoho, itu macam ya... ok, aku rasa Micheal Clayton lah.. aku dah tgk dua filem atas dan susah sikit nak menang, tapi best gak kalau JUNO boleh menang..tapi filem ni sedikit 'kecil'.

Anonymous said...

Im definitely rooting for No Country in all its dark, cynical, pessimistic glory. Atonement? Michael Clayton?..come now...NCFOM should win on technical aspects alone. The Deakins cinematography, the sound mixing (you finish the movie feeling like your senses are sharpened), the sharp dialog, hitcockian pace of the movie and the fact that every single actor was flawless...but those are the very reasons why academy voters will not give NCFOM best picture.

...Havent seen There will be blood though...

Nazim Masnawi said...

I never thought The Departed would win either last year, so...

api_gelap said...

Atonement is definitely the Picture of the year!