17 July 2007

Perca-Perca Filem Julai 2007

Bagi pelakon-pelakon 'kayu', anda bolehlah berlakon
seperti orang tua di atas kerusi roda ini.


The Butterfly Effect (2004)


Nampaknya, ada perkara yang aku tidak boleh setuju dengan abang aku. Dia mengatakan, filem ini sebuah filem fiksyen sains terbaik tahun itu. Aku sudah menontonnya. Hmmm, bolehlah aku katakan, idea dan bagaimana idea yang asli itu dipermainkan dalam filem ini sangat efektif, tetapi ada beberapa perkara menyebabkan filem ini agak 'pelik'.
Dialog filem ini 'cheesy'. Ada beberapa babak dalam filem ini, aku macam nak terbatuk bila para pelakonnya dengan sengaja meluahkan kata-kata yang berbau sangat: "OK, jadi kenapa awak dalam filem ni?" Mungkin kerana idea Evan Treborn sebenarnya TIDAK WUJUD menyebabkan kita boleh menyangka bahawa apa yang kita tonton itu sememangnya satu dunia yang tidak sempurna, atau absurd, sekurang-kurangnya bagi Evan.

Kedua, lakonan "Haaaa?" Ashton Krutcher sebagai Evan Trebon ("event reborn?"). Aku betul-betul cuba bersimpati dengan lakonannya, tapi tuhan, akut ak tahu kenapa, Krutcher tidak dibuat untuk berlakon dalam filem-filem gila sebegini (dalams atu babak yang aku geram, Krutcher tidak memberi impak atau latar yang sepatutnya kenapa dia perlu membunuh abang aweknya dengan penuh sadis). Terbit mungkin tapi bukan berlakon di dalamnya.

Aku suka dengan idea bahawa setiap manusia yang sebenarnya tidak wujud diberi PELUANG untuk mengetahui makna kewujudan mereka dalam dunia ini. Dan ini adalah 'high point' filem ini, memberi satu perjalanan metafizik yang menarik tentang pilihan qada' qadar manusia di dalam tangan mereka. Malah, 'puns' yang terbaik filem ini ialah, "semua yang anda tengok dari awal hingga akhir dalam filem ini tidak wujud, ia satu trasendensi bagi manusia yang realitinya benar sedar akan kebahagiaan mereka"- idea di mana, kita perlu memberi penghormatan kepada ketidakwujudan supaya kewujudan kita mempunyai nilai dan makna kebenaran.

Apa-apa pun, filem ini 'separuh masak' dan masih boleh diperbaiki lagi.


Harry Potter and the Order of The Pheonix (2007)

lihat: http://www.imdb.com/title/tt0373889/

Filem siri keenam daripada lapan francais filem adaptasi novel fantasi J.K Rowling mempunyai suatu yang sangat menyegarkan. Ramai pengulas buku mengatakan novel kelima Harry Potter ini setakat ini adalah novel Rowling yang terbaik. Bagi aku, filem kelima ini (tetapi tidak menolak keseronokan siri ketiga arahan Cuaron, Prisoner of Azkaban) adalah filem terbaiknya dan menjadi filem Harry Potter kegemaran aku. Ceritanya lebih 'gelap', plotnya lebih mengikat dan dramanya lebih menggegar. Malah Harry Potter lebih remaja dan lebih marak semangat berontaknya (menonton Daniel Radcliff, kita boleh 'rasa' perkembangan kematangan lakonan pelakon ini).
Paling aku suka tentang siri ini (dikreditkan terhadap penulisnya, Rowling, serta kepandaian penulis skripnya Micheal Goldenberg menjaga arca dan pengisian cerita) adalah idea 'anti-establishment' dan semangat berontak muda mudi terhadap sistem dan undang-undang yang mengikat kebebasan masyarakatnya (di sini, sekolah magik itu). Malah, menarik lagi, apabila melihat pakatan rahsia (secret society) dicipta atas protes terhadap tatasusila yang mencengkam itu (kita teringat akan pakatan rahsia Free Mason menentang kuasa di raja, dan pakatan rahsia Al-Qaeda menentang kuasa kapitalis polis dunia Amerika Syarikat).

semuanya 'tip top' dalam filem ini, tiada yang tercela (beberapa pelakon tambahan yang tiada perkembangan watak tetap memberi makna dan keberatan plot dalam filem ini), malah yang penting, David Yates, pengarah filem ini menunjukkan bagaimana filem ini sepatutnya ditayang- dengan memakarkan misteri, kemudian keadaan takut terhadap misteri ini, aksi dan kemudiannya keseronokan yang tidak terhingga- satu pengalaman sinema yang sudah lama tidak aku tonton. Ambil saja beberapa adegan, seperti Dementor yang datang mencari Harry, atau kunci pintu yang dipulas, semua ini membawa keseronokan dalam misteri fantasi dunia Harry, tanpa menolak keseronokan penonton menyelami watak dan cerita filem ini. Ini filem Harry Potter yang sangat mengujakan.


The Transformers (2007)


Apa yang aku boleh katakan tentang filem ini? Klise Micheal Bay dengan gajet dan bajet yang lebih tinggi (mungkin tidak setinggi Pearl Habour?). Filem ini taklah seteruk mana (hey, aku suka dengan filem The Rock!), malah adegan-adegan pembukaannya mengingatkan aku kepada ID4. Tetapi satu sahaja, aku BENCI Shia LeBeouf (adegan dia bergaduh mulut dengan ibunya di dalam rumah sewaktu dia mencari cermin mata atuknya sangat menjengkelkan), dan bengangnya, dia akhirnya berjaya menyelamatkan dunia dan dapat seorang awek yang sangat cun. Dunia sememangnya tidak adil.

Aku lebih suka filem Transformers The Movie (http://www.imdb.com/title/tt0092106/) yang asli di mana suara Unicorn sudah cukup membuat aku gelisah, watak Optimus Prime mati pada awal cerita(!) serta watak Megatron yang punya sisi kelabu. Lagu rocknya pun lebih syok, membikin kartun ini sebuah kartun cult zaman 80-an yang hebat.

Ramai-ramai adik-adik: "Bah weep granah weep ninni bong!"



Die Hard 4.0 (2007)

lihat: http://www.imdb.com/title/tt0337978/

Aku suka filem aksi ini. Malah, ketidaklogikannya boleh aku maafkan daripada The Transformers, kerana filem ini menyeronokkan! Aku suka dengan dialog klise-seronok Bruce Willis terhadap Justin Long dan terhadap zaman serba terorisme ini. John Mclean sememangnya wira dan idealis para Republikan menentang terorisme (buat jangan cakap, dan bantai dan bunuh semua pengganas) cara ol skool. Dan ia menyeronokkan walaupun filem ini jenis habis selepas bertih jagungmu habis dimakan.

Dead Silence (2007)


Filem terbaru daripada James Wan. Jangan ketinggalalan. Menyuntik genre gothik, komik Tales From The Crypt, ekspresionis Dario Argento (satu babak di belakang pentas, akan akan teringat dengan Suspiria), penyiasatan Noir serta idea HP Lovecraft dalam sebuah filem seram yang sungguh menarik.

Ceritanya senang tetapi kejahatan-kebijaksanaan pereka cerita ini, ditambah dengan pengetahuan mereka tentang beberapa filem seram terdahulu menyebabkan filem ini sebuah filem seram yang tidak boleh dipandang entang.

Antara penggarapan yang berjaya dibuat ialah dengan kehilangan SUARA sewaktu hantu itu mendatangi si manusia. James Wan dan Leigh Whannel tahu bahawa suara dan suntingan adalah mainan yang paling efektif untuk membuat orang meloncat. Dan babak-babak ini memaparkan 'pure horror' untuk seketika (oleh kerana kita tidak dengar apa-apa, kita sampai ke fikiran watak dalam filem, kita juga 'pekak' dan 'buta' sepertinya, mencari-cari dan menoleh ke belakang, kita jadi tidak tentu dan gelisah di mana HANTU itu akan muncul). Malah ada satu babak klasik (yang sangat gothik) sewaktu si hero bertanya, mengapa isterinya terbunuh. Dan hantu itu, menyuruh si hero mendekatinya lalu berbisik satu jawapan yang membawa kesakitan yang dalam- filem ini tahu membuat penonton merasa siksa dan takut dalam satu masa.
Sebuah filem seram yang sangat meyakinkan.

The Beast (1988)

Sebuah filem perang yang menarik yang aku tonton di Astro Cinemax. Cerita ini menarik kerana kita dapat melihat sebuah peperangan dari dua sudut pandangan, si Afghan (David) serta si Rusia (Goliath). Sebuah filem yang mengejutkan, memberi sudut dan penghakiman yang matang dan terbuka, malah memaparkan keperluan orang Islam melawan golongan barat yang menindas (sememangnya zaman ia dibikin adalah untuk memaparkan kebobrokan Komunisme, tetapi filem ini tidak memberi kemahuan penonton melihat dari hanya satu pandangan).

Ceritanya senang. Sebuah kereta kebal Rusia yang dipanggil 'Beast' (Jembalang, hantu, syaitan) memporak peranda sebuah kampung di Afghanistan, tetapi sebenarnya kereta kebal itu mahu kembali ke pangkalan tetapi tersesat jalan. Maka bermulalah peperangan epikal golongan Islam Afghan terhadap 'haiwan terkutuk' itu, di mana golongan askar Rusia juga sedar akan kesalahan moral mereka dalam peperangan itu.

Anda akan terkejut dengan lakonan yang mengesankan daripada kebanyakan pelakon di dalam filem ini, termasuk Stephen Baldwin, Steve Bauer yang tidak dikenali waktu itu.

Sebuah filem kecil yang ber'cult' dan menghiburkan.

11 comments:

maberik said...

yeah~ Transformers sucks. Die Hard jugak best. seriously, aku dah mula bosan dengan filem2 aksi yang terlampau bergantung pada CGI saja. aku dah rindu dengan animatronics dan practical effects zaman dulu2. jauh lagi berkesan.

Nazim Masnawi said...

Die Hard 4.0 a.k.a. Die Hard In Name Only.

Aku macam tak percaya je orang yang sekali dulu pernah ikat a fire hose around pinggang dia and buat satu terjunan yang terrifying dari satu bumbung ni and barely percaya dia dapat survived boleh lompat dekat forty feet off the wing of a crashing Harrier jet, mendarat dengan rakus pada satu upended piece of lebuh ekspres ni dan slide down it as the fireball of the exploding jet kejar. John McClane ni siap bangkit, dusts himself off dan serta-merta nampak orang jahat yang dia lost fifteen minutes earlier. Ni bukan Die Hard 4 siot, this is Bald Terminator 4.

I know yang watak McClane dah berkembang since dia dah bergasak dengan memacam terrorists dalam tiga installment yang lalu. Tapi kalau filmmakers dia nak jadikan dia James Bond pun, hell, they might have at least skewed towards Casino Royale instead of Moonraker.

To think about it, satu-satunya kelemahan dia ialah dia terlalu protective dengan anak dara dia. Tu je.

Anyway, aku mengaku aku silap. Ni bukan takat Die Hard In Name Only je – Die Hard 4.0 is like the anti-Die Hard!

P/S: Actually, bajet Transformers is kinda small kalau nak banding dengan lain-lain filem summers era sekarang. I mean, Pirates 3 punya bajet nearly reached USD300 mil, Spidey 3 pulak around 250; tapi Transformers punya around 150 je. Heck, even M:I:III:Death by Colon pun dekat 190 mil, man!

fadz said...

maberick: yeaap

nazim: yeap, its unlogical crap, but its sweet crap... its fun! and dont deny that.. anw, PERTANDA DI MUKA BATU, or il batu u, cepat!!

Anonymous said...

Menonton Dead Silence adakalanya terasa mcm menonton filem seram asia yg ditutup kulit mat salleh American. Kenapa ya ?

Anonymous said...

The best review of Transformer.

http://akubetul.blogspot.com/2007/07/transformer-movie-big-secret-revealed.html

Definitely worth reading material.

fadz said...

gaia, dats ur prespective. aku rasa lain.

leen, dah baca, still the same thing, and yes, dah tahu semua tu (Bay's stance on Bush's war on terror)..its just not worth telling coz personally, i dont really like the movie.

Ajami Hashim said...

dah tgk my intebiu wt yasmin?

btw how's kayangan? aritu aku keja X dapek gi prebiu ;-(

Lily Abdullah said...

Love your commentar about film. Look like you are more expert about film. But I still like "Ku Seman Ku Hussian" ...just a suggestion -you should learn more from him

Lily Abdullah said...

Love your commentar about film. Look like you are more expert about film. But I still like "Ku Seman Ku Hussian" ...just a suggestion -you should learn more from him

fadz said...

yes, waterlily, i hope i can sleep with him too.

fadz said...

kayangan, ajami? its non of my concern