10 July 2007


Bulan Ogos, bukan sahaja hari jadi aku (im not telling when) atau abang kedua aku kahwin, tapi di Malaysia, sebuah filem cintan-cintun akan ditayangkan ke serata pawagam, dilakoni oleh pelakon Harapan, Nur Fazura, pelakon Indonesia Teuku Zacky (uuu, orang Acheh), disaluti dengan dendangan lagu-lagu terbaharu pencipta muzik terkemuka tanah air, Ajai:



Kayangan (2007)


Apabila dua dunia menemukan seorang gadis desa dan seorang putera raja, “Kayangan” bermula. Melalui satu kejadian di luar jangkaan, takdir menduga dua insan berlainan darjat dan kedudukan. Tengku Amir menerajui dunia korporat di kotaraya Kuala Lumpur (dibintangi oleh Teuku Zacky Azwar bintang sensasi Indonesia), manakala Maseira, seorang graduan yang terperangkap dengan idealismenya sendiri (dibintangi oleh bintang popular Nur Fazura Sharifuddin).

Dari kejadian yang tidak disangka, Maseira didedahkan kepada dunia metropolitan yang serba mencabar, apabila menerima tawaran bekerja di syarikat keluarga Tengku Amir. Perubahan persekitaran yang begitu mendadak menyaksikan Maseira cuba menyesuaikan diri tanpa mengkompromikan pendiriannya. Walaupun bibit-bibit cinta mula menular, tetapi Tengku Amir dan Maseira terpaksa memendamkan perasaan…. tetapi, kerana apa?

Menjanjikan sebuah sketsa percintaan yang diuji tragedi dan kesedihan, serta adegan-adegan lucu dan menghiburkan, “Kayangan” bakal menggamit dan mengujakan imaginasi penonton. Album runut bunyi “Kayangan”, yang diterbitkan khusus buat filem ini telah diberi sentuhan komposer tersohor, Ajai, dan menjanjikan lagu-lagu yang bakal menggemparkan dunia musik tanahair.

Adakah taraf kehidupan menjadi satu halangan? Atau mampukah cinta membawa ke “sana”? Terbanglah ke alam “Kayangan” bermula Ogos 2007, di pawagam-pawagam terdekat anda!
----*----
When two individuals from different worlds meet by chance, life becomes a kaleidoscope of twists and turns. “Kayangan” sees the lives of Tengku Amir, a royal prince at the forefront of the corporate world (played by Indonesian sensation Teuku Zacky Azwar), and Maseira, a simple lass from a quaint little village in Negeri Sembilan (played by rising star Nur Fazura Sharifuddin) converging by way of a most unfortunate (and embarrassing) occurrence…

Maseira is then exposed to the glitzy urban world of Tengku Amir when she accepts his offer of employment with his family’s company. Despite her initial unease with new surroundings, Maseira slowly adapts to the bright city lights without abandoning her down-to-earth nature. However, both have to deny the romantic feelings developing between them. But why?

The film has abundant comedic twists and turns, impending tragedy, heart-wrenching despair and entertaining scenes. Supported by a soundtrack written by Ajai that promises to be a hit with viewers and listeners alike, both young and old, “Kayangan” is set to captivate and capture the imagination.

Will differing backgrounds prove an insurmountable barrier? Or will love conquer all? Come to cinemas this August 2007, and be whisked off to “Kayangan”.

1 comment:

Anonymous said...

Dengar cerita filem nie bukak kat pawagam seluruh Malaysia pada 9 Ogos 2007. Itupun saya dapat tau melalui website rasmi Kayangan. Kat bawah nie saya cut and paste bagi sesape nak tahu lebih lanjut.

http://www.kayangan.com.my/