Pada waktu aku di UK, waktu musim sejuk dan musim panas, abang aku berkata, musimnya sudah tidak ikut musim. Memang. Musim panasnya lebih panas dan panjang, dan musim sejuknya pendek tetapi sangat sejuk. Dia berkata dengan seloroh, "Ini tandanya dah dekat kiamat." Kami ketawa, tetapi kita berdua faham, kejadian ini tidak berlaku begitu sahaja, ia mengubah sesuatu dalam ekosistem kita, ia menyebabkan sesuatu. Filem ini, An Inconvenient Truth memaparkannya.
Kalau pembikin filem Malaysia sibuk sangat nak buat filem yang 'bermesej' dan 'mengajar nilai-nilai murni' secara terang-terangan dan berdakwah, filem inilah yang patut mereka filemkan dari dulu lagi.
Inilah filem yang semacam dibuat oleh Filem Negara Malaysia atau Kementerian Pelajaran untuk program TV Pendidikan tetapi dengan lebih banyak fakta-fakta yang penuh warna-warni, drama dan sedikit melodrama.
Beberapa babaknya penuh animasi, penuh gaya-gaya semacam kita pernah lihat dalam TV Pendidikan, hanya ia lebih canggih. Dan kita asyik terdengar suara Al Gore sahaja bersyarah, tanpa muzik dan secara dramatis, hanya berlaku pada akhir syarahan. Tetapi nanti dulu, Al Gore tidak bersyarah, hanya menunjuk, dan cara dia melakukannya seakan seorang personaliti yang 'maha' hebat dalam persembahannya dan cara penyampaiannya daripada pengacara-pengacara yang 'plastik' untuk program-program hiburan itu.
Ya, filem ini sangat penting, walaupun mungkin, seperti yang Al Gore terangkan, beliau sudah melakukannya lebih 1,000 kali dan anda pernah mendengar/membaca tentangnya. Begitupun, filem ini sangat penting kerana kita, rakyat Malaysia yang sibuk bising-bising mengomen kerajaan tentang jerebu, penyakit, dan baru-baru ini, masalah banjir sepatutnya disuap dengan filem ini (tak tahukah anda bahawa setengah daripada Johor dan Singapura akan lenyap dalam 10 tahun akan datang?) untuk memaparkan bahawa, anda semua berdosa menghancurkan bumi ini. Dan aku sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku cuba berkitar semula, tidak boleh memandu (banyak guna LRT) dan tidak merokok. Inilah sahaja sebuah filem, yang walaupun dibuat dengan penuh propoganda dan penuh 'pengajaran' tak sudah-sudah, yang aku akan paksa orang menontonnya semacam Hitler untuk orang menontonnya.
Mungkin cara aku lebih kasar dan kurang-ajar untuk memaksa anda menonton filem ini, tetapi Al Gore dalam filem ini (seakan rasul alam hijau) memaparkan dengan cara yang lebih seloroh, tidak menyiksa tetapi mengena maksudnya seakan seorang mahaguru motivasi yang hebat membuka wahyu pentingnya.
Ramai orang mungkin tidak suka dengan gaya seorang 'guru' bersyarah, dan tiba-tiba memaparkan gambaran-gambaran guru itu seakan 'saviour' kita yang terakhir, ini sungguh menjelekkan, seakan mengkeramatkan beliau- tetapi semua ini perlu, kerana idea filem ini sesungguhnya adalah untuk pendidikan, dan untuk menerangkan 'kenapa' perjuangan ini penting untuk beliau, walaupun ia terlalu mendakwah. Malah, ia perlu.
Kalau anda tidak sanggup menontonnya di wayang, anda wajib, ya, wajib mencetak rompaknya dari internet atau CD lanun, apa-apa pun anda perlu menontonnya, dan buka mata luas-luas bahawa alam kita sedang berubah, dan kitalah penyebab utamanya. Kita, membunuh diri kita secara senyap.
Dan kalau anda tak berubah selepas menonton filem ini, aku tak tahu apa lagi yang aku harus percaya daripada penonton kita. Jangan salahkan sesiapa (lebih-lebih lagi orang suka pergi disko) jika Malaysia akan diserang puting beliung atau ribut taufan dalam masa lima tahun lagi.
13 comments:
Pasti aku akan tonton filem ni sebab aku dalam proses nak berhenti merokok. Ingat ya.. Merokok membahayakan alam sekitar. Ada gaya TV pendidikan tak ayat aku?
link yg kau kasi tu "www.climatecrisis.net" sekali imbas aku baca macam "clitoris.net" haha err.. ke aku yg banyak tonton filem seks nih.. err..
johor dan singapura akan tenggelam dlm masa sepuluh tahun lagi?
tak dapat bygkan!
ari ni panas gilebabi tahap ultraman.
betulla tu kot cakap Al Gore.
fadz,
sedia kumpul kertas2 dan plastik :)
masalahnye, bulan lepas bil letrik rumah AL Gore pon adelah 20 kali ganda bil letrik orang biasa. maknenye, penggunaan letrik kat rumah die pon macam orang gile, tau la rumah besa gaban. tapi, beria-iya suroh orang jaga alam sekitar. ek eleh.
tu la contoh terbaik untuk "not practising what u preach."
tp dokumentari ni memang agak menyeramkan, cume pendek sangat.
rewan, kalo nak benti rokok, tgk citer thank u for smoking. hehe
dah tengok filem ni... akan diulas dalam blog aku insyaAllah but overall memang best... senang2 dapat 9/10!
Ya, Ya, Ya...Tapi nak buat macam mane..kalau dah takdir, terimalah saja! Mungkin inilah cara kiamat akan berlaku... tapi aku tak percaya dalam masa 10 tahun lagi johor n singapore nak tenggelam...may be 50 tahun lagi...yang penting, tetaplah beribadah dan beramal sholeh...sebab kalau nak cakap mati, besok pun boleh...yang penting biarlah husnul khotimah, jangan su'ul khatimah!
Apasal bila Finas keluarkan filem promosi dia kat tv macam kemerdekaan ke, hari pahlawan ke apa ke...gambar nya nampak lama? macam lapuk? pls enlighten me, Fadz.
Hi Fadz,
Just dropped by while browsing through some old magazines. Your old blog (tontonfilem.blog-city.com) was featured in KLUE magazine, Issue 64, 1 Jul-15 Jul 2004, p. 20.
I must say, you're doing a good job of it. Do keep blogging....
Best regards
Kevin Koo
rewan, huhu yeah..
spiral, haa, mmg ko kena bagi aku sikit..
kamarul, tu saje2 je..opss
maberik, agaknya lah
cik hanum, huhu, ari ni ada lagi nak bagi
kahuna, mana lu tahu wartawan buat report tu sumber betul ke salah? dna apa agenda dan alasan mereka cakap cam tu? busuk hati? anw, kalau rumah gore bukak pun, kalau fasal entertain guest, salah ke? semua soalan tu ko kena tanya dulu sebelum ko sampai conclusion cam tu, aih, budak peranchis takkan tk belajar pemikiran kritikal kot.
bentara, yeap, walaupun filem ni cam tivi pendidikan sebenarnya
ayman, hahaha, iyelah, tapi mama kata, lu jgn heboh sangat fasal poligini tu, jaga sikit hukum hakam tu yg sensetif tu, dah tgk berbagi suami?
jimi, sebab deme tak cuci gambar tu, tak buat mastering, kot..manalah aku tahu semua ni jimi oii..afsal ko tanya?
kevin koo..thx a lot man..wat issue was dat yah, was it the boleh blogs? anw, marhaban ya kevin:)
kat mana nak cari cd nya ye? dah lama cari ni...
amni, ada dijual di Speedy atau Ezy video..di klcc sudah tentu ada
Post a Comment