Pertamanya, aku dipaksa oleh Ajami Hashim (dengan bacul kerana memohon kembar aku, Cik Lynn yang cun), penulis skrip (Ajami, aku salahkan kau juga sebab nama kau yang pertama, bukan Lynn) mini siri ini untuk menulis, semacam, ala-ala pengulas/pengkritik setiap BAHAGIAN mini siri ini.
Untuk itu, aku buat halaman ini, khusus untuk menyampaikan maksud aku bila menonton Bisikan Arwah. Jadi entri ini akan dikemaskini, mohon selalu jenguklah.
Keduanya, aku amat takut nak menulis, sebab aku sayang kembar aku, tapi kembar aku kata, "Just do it, damn it!" ala-ala Sigourney dengan mesingannya, jadi aku tiba-tiba jadi Hicks dalam Aliens (yeap Nazim, aku tetap bergelumang dengan nafsu untuk filem itu), menembak dengan kejadah apa-apa yang aku rasa tak elok dengan sanubari, beng beng beng!
Ketiganya, aku respek ASTRO dalam satu hal. Mereka mulakan kembali mini siri misteri yang selalunya dimulakan oleh RTM (selalunya jenis mini siri whodunit yang janggal dan nipis plotnya). Ini macam menonton balik mini siri-mini siri Stephen Kinglah (yang mana aku tengok semua walaupun sampah), rasa tu, macam grand-lah. Kononnya.
Jadi, dipersilakanlah baca, dengan mata yang berwuduk:
Selepas menonton hasil tulisan Ajami Hashim, Ellyna Ahmad, (idea asal orang lain, aku lupa namanya), dan pengarahnya (nanti korang bagitau eh aku dah lupa, Joved, Jovad, macam nama pensyarah aku pulak), ini adalah mesej SMS aku kepada Lynn:
Sangat ...
Dunia
Bisikan Arwah ini sebenarnya ada potensi, malah ada percubaan untuk memecah beberapa tabu (
breakthrough) dalam sejarah filem/drama seram, mungkin juga antarabangsa (tapi tak, aku takkan beri mereka kredit sampai ke tahap itu). Dalam bahagian mini siri ini, ada dua babak yang buat aku dibuat dengan bravuda sekali (sekurang-kurangnya konsepnya), walaupun mungkin kelihatannya ia TIDAK disusun dan diikat dengan baik, nafsu dan cengkamannya agak mengasyik:
Adegan 1:
Ini terjadi sewaktu Intan Azura (sebagai bini Wan Raja) bermimpi lemas dalam perigi lama, lantas Intan terbangun tercungap-cungap. Dia terbatuk-batuk. Suara lagu tiba-tiba mengejutkan kita (klise!) Apa yang kita lihat ialah buah dada Intan yang mendada, membuak dan memenuhi 3/4 bingkai layar. Goncangannya tampak seakan ia semacam "ditusuk". Bagi aku,
mis-en-scene ini sahaja sudah berani. Tetapi apa maknanya? Kita lihat daun kering bertaburan. Kita tiba-tiba teringat
Nightmare on Elm Street (hantu ni boleh masukkan kita dalam mimpi), dan kita sedar perigi itu mungkin mempunyai simbol (wanita= yoni = mengisi), jadi persoallannya, kenapa SIMBOL YONI ini melemaskan Intan, apakah kesalahan Intan?
Walaupun persoalannya masih samar, ianya satu permulaan yang mengujakan, walaupun aku masih mencari dalam bahagian ini untuk JAWAPANNYA.
Adegan 2:
Wan Raja di rumah kampungnya, mereka sudah berpindah sementara (Intan bersama ibunya, Zarina Zainuddin yang walaupun disolek tua, masih nampak muda ... hmmpphh) kerana Intan tidak tahan tinggal di rumahnya (bagi aku, persoalan ini masih rapuh, motivasi masih tak kuat untuk buat kita kata "keluar dari rumah tu!"). Wan Raja seorang. Pagi itu, kerana ingatkan isterinya sediakan sarapan, Wan Raja pun duduk dan mula makan. Wan Raja tak nampak, paparan ulat(!) dan cacing(!) dalam lauk (kita faham, mata Wan Raja disengajakan kabur oleh hantu itu). Di sini yang menyeronokkan. Kita diberi "debaran" jika Wan Raja akan sedar dan tidak makan atau suap ulat itu ke dalam mulutnya. Babak ini sememangnya sepatutnya menimbulkan saspens (antitesis terhadap babak makan ulat dalam filem
Santau). Ini babak klise yang diperbaharui. Ianya sepatutnya satu genius, kerana kita diberi debaran, lantas Wan Raja SUAP sahaja ulat itu tanpa apa-apa reaksi selepas selesai dengan panggilan telefon. Kita boleh rasa, ughhhhh!
Tapi, bila korang baca dua adegan atas ni, korang mesti macam, whoooh, gila serunya mini siri ni. Dukacitanya, tak.
Imej, tempo dan kecermatan merupakan masalah bahagian ini secara besar-besaran.
Seperti babak perigi itu, jika pengarahnya pergi jauh sedikit, dengan memaparkan imej Intan yang terapung dan kaki tak cecah bumi (dalamnya perigi), mungkin boleh guna kolam pun untuk babak ini, dan seterusnya katil itu "basah" bila Intan terbangun, bayangkan "connection" yang kita boleh buat: perigi-yoni, basah, seksual Intan yang tidak dinafkahkan (rujuk babak mana Wan Raja memeluk bantal dengan erat, bukan isterinya), lantas persoalan, adakah Intan "disentuh" alam ghaib untuk mengandungkannya? (Intan tiba-tiba mengandung). Mula-mula kita tampak seakan satu simbol biologi (daun kering=barren land=mandul) tetapi kita sedar, "alam" yang ingin menyentuh Intan itu satu alam lain yang kita tidka boleh faham (surreal).
Masalahnya, adegan ini terlalu lemah, ia tidak membicara apa-apa,
it is just there for the scene, without any form whatsoever. Ini juga berlaku dalam banyak babak mini siri ini, contohnya babak masuk bilik air dengan tiba-tiba berdaun kering. Efeknya amat menjengkelkan, takut atau rasa misteri lantas hilang.
Adegan kedua itu pun, aku rasa, hanya "teks" atau bacaannya sahaja yang menarik, apa yang dipaparkan adalah sebaliknya, langsung kita tidak jumpa tempo yang berdebar. Ini adalah kerana pengarah suka benar "
linger" dalam syotnya, mengingatkan filem seram boleh menimbulkan resah dan risau dengan syot panjang (ada yang boleh, tapi perlu beri hentakan yang kagum, rujuk babak jururawat Amy Keating dalam
Exorcist 3). Pengarah boleh saja bermain dengan dua sudut, malah fokus kepada bagaimana ulat itu menjalar sudunya pabila Wan Raja bercakap telefon dan kemudian Wan Raja yang "tak peduli" dengan sudunya
back to back. Tetapi tidak. Kemalasan melanda projek yang bercita-cita tinggi ini.
Aku benci dengan lagu dalam mini siri ini. Aku juga tidak bersetuju dengan "
slow burning" penulis skrip untuk memperkenalkan "apa-kenapa" (kelibat, budak kecil), sekurang-kurangnya berilah satu "pembukaan" rahsia dalam bahagian satu kerana bahagian satu ialah bahagian paling penting, jatuh bangun untuk penonton teruskan menonton tertakluk dengan bahagian pertama. Di sini, hanya yang kita lihat ialah
show-show-show-show yang tidak ada apa-apa erti. Ianya semacam NOVEL yang panjang tetapi tiada klimaks. Malah pengakhirannya pun agak kabur. Mini siri
The Shinning, walaupun aku benci, sekurang-kurangnya memberikan kita sedikit klu dan "misteri" yang kita mahu rujuk pada bahagian seterusnya (di mana penonton sama-sama mengupas dengan watak). Termasuk juga
Kekasihku Seru (lihat bagaimana surat "ibu" Mastura muncul, tiba-tiba Mastura tahu dia anak angkat, dan persoalan hantu yang membunuh). Ini tidak, terlalu banyak tergantungnya. Jika bahagian pertama tidak memberi kita kesungguhan untuk "meneruskan" mini siri itu, bagaimana kita mahu terus menonton mini siri ini?
Aku menepuk tanganku buat Wan Raja yang "ada sesuatu" dan lebih baik daripada Intan Azura (yang kadang-kala kelam-kabut dan absurd), malah pendekatan dan cara lakonannya sangat seksual dan fizikal yang pernah aku tonton. Patutlah dia dapat berlakon dalam filem gay Raja Azmi itu, memang patut pun. Aku suka Zarina Zainuddin walupun kurang kena solekannya. Yang lain-lain tampak babak-babak yang terlalu panjang, dengan hanya satu babak
Tale of the Two Sisters yang baik (hantu bawah dapur). Yeap, aku tak rasa cuba merujuk filem seram terdahulu sebagai salah (
to hell with originality) tetapi ia perlulah dibuat dengan cermat dan memahami keseluruhan bentuknya (
form) dan bukan dibuat hanya kerana memuatkan adegan saja, tanpa kesinambungan dan pemahaman kenapa babak itu ada di situ. Contoh budak hantu bawah dapur adalah yang terbaik, dan Intan yang diri menenggek tengok suaminya adalah yang terburuk dalam bahagian ini. Yeap, aku ketawa berdekah dalam babak itu.
Sebenarnya ada sesuatu dalam mini siri ini. Sesiapa yang mencetuskan ideanya mempunyai fikiran jahat tentang kuasa seks dan bagaimana fizikal dan jantina boleh menggusarkan jika ia cuba menyentuh alam yang tidak kita fahami. Tetapi kuasa yang boleh sahaja didapatkan daripada David Croenberg, Hideo Nakata dan mungkin juga David Lynch perlu memahami dahulu bentuknya dan bagaimana kita boleh bermain dengannya. Bentuk tak pernah dikaitkan dengan bajet (tonton
Eraserhead) tetapi bagaimana mendalamnya pengarah dan kru memahami apa yang hendak dibawa.
Bingkisan Kata Bhg. 2 Bisikan Arwah:
"Kenapa ustazah dan Tuk Imam sibuk sangat?"
Kalung ibu. Itulah cerita bahagian kedua mini siri ini.
Kali ini, tampak penulis skrip dan pengarah hendak membuka cerita latar (back story) berkenaan Intan Azura dan ibunya. Itu yang menarik. Ada satu babak yang baik dalam hal ini, kita lihat, banyak kali Zarina Zainuddin mengelamun. Zarina (ibu Intan) sebenarnya digugat nostalgis tentang cerita lama, dahulu. Aku kira, dalam bahagian kedua ini, nampak apa sebenar dan makna "cerita hantu" atau "ghost story" mini siri ini. Mengikut tradisi cerita hantu Barat, kebanyakannya berlatar atau berdasar kepada satu "sejarah hitam" yang panjang (novel Ghost Story oleh Peter Straub merupakan novel seram hantu yang terbaik selepas Taming of the Screw). Ini penting kerana "sejarah" ini yang "menghantui" protaginisnya pada masa "sekarang".
Malah garisan Zarina "mengelamun" ini sebenarnya mengambil simbolisme "dihantui sejarah hitam" baik "dosa" atau "tidak berdosanya beliau" (di sini aku percaya penulis skripnya takkan terlalu formulaik untuk memberi kita resolusi yang teramat senang, tentu ada sesuatu yang mengejutkan pada masa rahsia dibongkar pada episod seterusnya, walaupun kita seakan sudah percaya bahawa Zarina "bukan" ibu Intan dalam episod ini). Ini penting, sebab "rasa bersalah" (guilt) itu yang menggerakkan Zarina "meroyan", dan secara licik, psikologinya, kemungkinan Zarina yang dihantaui "dosa silam" mereka "hantu-hantu" dalam kepalanya, menyusahkan anak dan menantuntya.
Tetapi berhenti, ini tidak berlaku kerana dua perkara: Intan sendiri nampak hantu (tapi jelas, kali ini dia hanya nampak hantu budak, adakah ini masih berkenaan dengan projeksi dia ingin anak?) di kampung dan Tuk Imam SENDIRI nampak hantu yang Intan nampak.
Ini memutar balikkan mini siri ini menjadi "just another Tuk Awang yarn" yang aku rasa memang merupakan motif pengarah dan penulisnya.
Aku tidak ada masalah dalam ini, tetapi aku mula berkira, apa ke "he"nya bila Intan di luar, ada masalah, "tiba-tiba" ade je Tuk Imam tu menjelma (melainkan Tuk Imam ni sendiri hantu/wali dan seluruh kampung ni memang berhantu??), dan hanya Tuk Imam, ustazah, Tuk Imam, ustazah saja yang nampaknya wujud dalam dunia Wan Raja-Intan-Zarina. Apa hal ni? Malah, melihat babak panjang ustazah lepak dengan Zarina (baca Yasin segala), memaparkan ini bahagian yang amat panjang, yang aku sedar, beginilah Stephen King menulis mini siri Golden Years(1991). Malah aku MENYUKAI Golden Years kerana "charm" dalam watak-watak mini siri itu walaupun ia kelihatan panjang dan lewah (sepertimana Twin Peaks, babak-babak atau cerita berklimaks panjang memerlukan watak-watak menarik, eksentrik atau boleh menguja penonton), dalam episod ini, kita masih tak "terpaut" untuk menyukai watak-watak Bisikan Arwah, dan ini agak menjemukan. Kita tahu, sebenarnya "kuasa sebenar" mini siri ini terletak pada detik-detik SERAM yang cuba ia bawa (ini sebenarnya yang cuba membuat kita suka) dalam gerakan dna tempo ceritanya membawa kepada pembukaan demi pembukaan. Tetapi, itulah, dalam bahagian ini pula, hanya satu babak "menarik" sewaktu hantu "madu" Zarina mengejutkan penonton tiba-tiba di bahagian tengah.
Ini ditambah dengan persoalan geografik yang tidak diikat dengan kuat oleh pengarah (ini juga berkenaan dengan tempo). Lihat babak Intan yang berjalan dari rumahnya ke rumah Zarina (laju). Kata kunci di sini: berjalan. Kemudian Wan Raja pula mengambil kereta dan dipaparkan memusing kiri kanan (kita anggap dia lupa mana rumah mertuanya?) dan hanya sampai sewaktu "klimaks bahagian kedua" sedang berlaku di rumah Zarina. How convinient. Persoalan-persoalan yang terus membukit begini yang buat aku tak berapa pasti aku boleh mempercayai dunia Bisikan Arwah ini seterusnya.
Bingkisan Kata Bhg. 3 Bisikan Arwah:
"Errr ..."
OK, tang ni aku mohon dimaafkan sebab aku tak sempat tonton keseluruhan. Anak buah aku dari UK datang jadi malam tu kitaorang gi makan Pizza Hut.
Tapi aku dapat sms daripada penulisnya merasaka kebengangannya terhadap bahagian ini.
Aku pula bukan mainlah promo kat anak buah aku suruh tengok. Dalam 15 minit terakhir tu, tertunggu-tunggu jugalah dia untuk hantu keluar. Tapi tak keluar-keluar.
Tetapi sekurang-kurangnya untuk aku, kali ini, "ceritanya" dah mula engaging, banyak simpang-siur (twist) yang disengajakan dalam naratif, dan watak Zarina dah jadi "deep". Aku macam, holly molly. Babak efektif ini berlaku secara dua syot jusktaposisi, antara Zarina yang menyatakan isi hatinya serta M. Jamil yang menceritakan, kedua-duanya nampak "convincing". Malah kini kita dalam "dilema", kita menghadapi kontradiksi, sesuatu yang sama seperti mencari kebenaran dalam Rashomon. Maka pengarah/penulis memberi (yeap, melodrama yang mula menarik) kita drama tinggi apabila Intan balik ke pangkuan "ibunya" (sekarnag kita tahu Intan bukan anak kandung Zarina, dan siapa hantu budak itu), Zarina lantas memekik lalu kita diberi "penerangan" berkenaan M. Jamil.
Rumah retak ini menunggu belah (walaupun takde hantu).
Baru rasa bergerak beb!